Aliff Dan Bella Dapat Baby Boy

Aliff Dan Bella Dapat Baby Boy - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aliff Dan Bella Dapat Baby Boy, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aliff Dan Bella Dapat Baby Boy
link : Aliff Dan Bella Dapat Baby Boy

Baca juga


Aliff Dan Bella Dapat Baby Boy

Aliff Dan Bella Dapat Baby Boy

Aliff dan Bella bersama putera sulung mereka. (Gambar: Instagram Aliff Aziz @aliffaziz91)

Hasrat dan impian isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah untuk melahirkan anak secara normal dipermudahkan petang Sabtu semalam (Sabtu) apabila selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki mereka kira kira jam 3.46 petang.

Bella juga melahirkan bayi yang diberi nama Mohamad Ayden Adrean lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor. Asalnya Bella dijangka bersalin pada 17 Julai ini.

"Alhamdulillah saya lahir normal dan dipermudahkan segala galanya. Saya masuk dewan pembedahan pada jam 2 petang dan bersalin pada jam 3.46 petang.

"Daripada awal lagi memang saya memang mahu bersalin secara normal. Bahkan suami dan ibu mentua juga mahukan hal sama.

"Saya mahu bersalin normal kerana nak merasai susah payah dan detik manis sebagai ibu," kata Bella kepada Rojak Daily Kaw!

Seperti sesetengah artis lain yang mewujudkan akaun Instagram untuk anak mereka yang baru dilahirkan, pasangan ini juga berbuat demikian di bawah nama @aydenadrean17.

"Lucunya beberapa jam sebelum rasa sakit nak bersalin, saya ada dihubungi teman media.

"Memang ketika itu saya ingat akan lahir anak pada tarikh 17 Julai. Tup tup saya dilahirkan pada hari teman media itu menghubungi saya.

"Ia memang di luar jangkaan. Tetapi Alhamdulillah semuanya selamat," kata Bella lagi.

Ketika artikel ini ditulis akaun berkenaan sudah mempunyai hampir 8,000 pengikut di laman bergambar dan video popular itu.

Ayden dilahirkan dengan berat 2.91 kilogram di sebuah hospital. Selain Bella yang berkongsi berita gembira itu di laman Instagram, Aliff juga tidak ketinggalan melakukan perkara sama.

Aliff yang terkenal dengan lagu Sayang Sayang turut menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada keluarga, rakan serta peminat yang mengirimkan ucapan tahniah atas kelahiran itu.

"Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT, pada hari yang mulia ini (Sabtu) lahirnya anakandaku dengan selamat. Terima kasih 'mummy' kerana menjadi wanita kuat dan tabah sepanjang kehamilan ini.

"Buat anak lelakiku, selamat datang ke dunia. Ini adalah saat yang telah lama dinantikan oleh mummy dan daddy. "Buat cahaya mata sulungku, Mohamad Ayden Adrean, selamat hadir ke dunia dan menjadi penyeri buat keluarga," kongsi Aliff teruja.

Menerusi perkongsian yang dibuat Aliff , cahaya kegembiraan jelas terpancar pada wajahnya ketika menyambut kelahiran putera sulungnya itu.

Aliff dan Bella menjadi raja sehari pada 9 September tahun lalu dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Aliff Dan Bella Dapat Baby Boy

Sekianlah artikel Aliff Dan Bella Dapat Baby Boy kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aliff Dan Bella Dapat Baby Boy dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/aliff-dan-bella-dapat-baby-boy.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :