link : Amalkan Senaman Kegel Mampu Ketatkan 'Miss V' Yang Longgar, Buat Cik Abang Bertambah Sayang!
Amalkan Senaman Kegel Mampu Ketatkan 'Miss V' Yang Longgar, Buat Cik Abang Bertambah Sayang!
Amalkan Senaman Kegel Mampu Ketatkan 'Miss V' Yang Longgar, Buat Cik Abang Bertambah Sayang!
Senaman Kegel? senaman apa tu? Macam mana nak buat? Hah, buat wanita yang dah berkahwin, lebih-lebih lagi yang dah melahirkan anak, 'wajib' amalkan senaman ini.
Sedia maklum selepas bersalin dan melalui proses melahirkan, vagina tidak akan menjadi rapat seperti anak dara.Hal ini disebabkan oleh otot-otot disekitar pelvis menjadi lemah setelah melalui proses ini.
Senaman Kegel atau kemutan ini amat penting terutamanya dalam menjaga hubungan antara suami dan isteri.
Bagaimana nak melakukan senaman ini?? senang je...
Kaedahnya ialah dengan mengemut seperti tahan kencing.
Cara-Caranya:
1.Kemut perlahan-lahan 20 kali otot faraj dan otot punggung dalam keadaan peha dan kaki dirapatkan.
2.Tahan nafas selama 5 saat semasa mengemut dan lepaskan nafas dan kemutan perlahan-lahan secara serentak dan ulang sebanyak 4 kali.
Kelebihannya:
1.Menyempitkan pembukaan ruang faraj yang renggang dan longgar.
2.Membantu wanita mengatasi masalah mengawal kencing.
3.Menghalang angin dari masuk ke vagina yang mana boleh menyebabkan kentut vagina.
4.Meningkatkan kualiti dan mengintimkan hubungan suami isteri.
5.Menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perinium
Info Ekstra:
Disarankan melakukan senaman ini 3 kali sehari dan bila dah selesa lakukan sekerap yang boleh,lebih kerap lebih baik.
Digalakkan melakukan senaman ini pada setiap hari pada waktu terluang seperti semasa memasak, menonton televisyen dan sebagainya.
Untuk kesan yang lebih baik, lakukan 100 hingga 300 x kemutan sehari.
JANGAN lakukan kemutan ini semasa terasa mahu kencing. Lakukan senaman ini semasa pundi kencing kosong.
Kemutan ini boleh dilakukan dengan cara berdiri,duduk atau berbaring. Pastikan anda fokus pada otot yang berkenaan sahaja.
Biasanya, kesannya senaman ini dapat dirasai dalam masa 2 hingga 3 bulan, jika dilakukan setiap hari.
Keberkesanannya bergantung kepada kaedah yang betul dan ianya mestilah dilakukan secara konsisten.
Secara umumnya, senaman Kegel mampu mengembalikan 50 peratus kekuatan otot vagina, malah ada kes yang pulih 100 peratus.
Selamat Mencuba dan mengamalkannya!
Demikianlah Artikel Amalkan Senaman Kegel Mampu Ketatkan 'Miss V' Yang Longgar, Buat Cik Abang Bertambah Sayang!
Anda sekarang membaca artikel Amalkan Senaman Kegel Mampu Ketatkan 'Miss V' Yang Longgar, Buat Cik Abang Bertambah Sayang! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/amalkan-senaman-kegel-mampu-ketatkan.html