link : Ambil Tindakan Tegas Terhadap Nelayan Asing
Ambil Tindakan Tegas Terhadap Nelayan Asing
KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) perlu mengambil tindakan tegas terhadap nelayan asing yang cuba menangkap ikan di perairan negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata agensi itu tidak boleh bertolak ansur dan perlu segera menahan bot nelayan asing jika didapati telah memasuki perairan negara.
“Mereka (nelayan asing) melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan perairan negara dan apabila pasukan penguatkuasaan tiba mereka akan potong pukat seolah-olah sedang melancong di kawasan itu.
“Jadi anggota APMM perlu iring bot-bot ini ke jeti tidak kira ada pukat atau tidak dan membuat pemeriksaan sebelum membuat tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Petaling Street di sini, malam ini.
Sementara itu, Shahidan berkata anggota APM akan ditempatkan di beberapa kawasan pelancongan utama di ibu kota bagi membantu pihak berkuasa seperti polis dan DBKL untuk tugas-tugas penguatkuasaan.
“Kehadiran anggota keselamatan di kawasan itu juga dapat mengurangkan risiko kejadian jenayah dan sekiranya berlaku kemalangan pula, anggota APM akan memberikan bantuan,” katanya. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Ambil Tindakan Tegas Terhadap Nelayan Asing
Anda sekarang membaca artikel Ambil Tindakan Tegas Terhadap Nelayan Asing dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ambil-tindakan-tegas-terhadap-nelayan.html