“Ambillah kami sebagai anak angkat, tapi jangan pisahkan kami” – 5 beradik hilang ibu menjelang Syawal

“Ambillah kami sebagai anak angkat, tapi jangan pisahkan kami” – 5 beradik hilang ibu menjelang Syawal - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Ambillah kami sebagai anak angkat, tapi jangan pisahkan kami” – 5 beradik hilang ibu menjelang Syawal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Ambillah kami sebagai anak angkat, tapi jangan pisahkan kami” – 5 beradik hilang ibu menjelang Syawal
link : “Ambillah kami sebagai anak angkat, tapi jangan pisahkan kami” – 5 beradik hilang ibu menjelang Syawal

Baca juga


“Ambillah kami sebagai anak angkat, tapi jangan pisahkan kami” – 5 beradik hilang ibu menjelang Syawal

Lima beradik yang baru kehilangan ibu serta mendapat perhatian orang ramai susulan kisah sedih mereka menjelang Syawal lalu bersedia menjadi anak angkat kepada mana-mana keluarga asalkan mereka tidak dipisahkan.

"Ambillah kami sebagai anak angkat, tapi jangan pisahkan kami" - 5 beradik hilang ibu menjelang Syawal

“Ambillah kami sebagai anak angkat, tapi jangan pisahkan kami” – 5 beradik hilang ibu menjelang Syawal

Menurut abang sulung, Mohd Azri Irfan Zahari, 14, beliau dan adik-adiknya, Mohd Azri Imran, 13, Azrin Elia Balkis, 11, Mohd Aziq Israf, 6, dan Azlini Elisya Qistina, 3, bersedia untuk menumpang kasih pada sesiapa yang sudi.

Ketika ditemui, dia menceritakan, adik-adiknya mula terasa sunyi malam tadi, selepas arwah ibu mereka, Akma Ismail, 41, dikebumikan pada tengahari Sabtu.

“Sunyi dan tak meriah macam sebelum ini,” kata Mohd Azri kepada wakil Astro AWANI.

“Buat masa ini belum ada lagi (yang mahu ambil jadi anak angkat). Saya tak kisah tapi jangan pisahkan kami adik-beradik,” tambahnya.

Semalam dan hari ini, orang ramai tidak putus-putus mengunjungi keluarganya serta bertanya khabar, bahkan ramai yang menawarkan diri untuk mengambil mereka sebagai anak angkat.

Namun, Mohd Azri belum membuat keputusan dan masih terasa ingin tinggal di rumah ibunya buat waktu ini.

Katanya, malam tadi dia dan adik-adiknya terasa suasana yang amat berlainan sekali selepas pemergian ibunya yang disahkan mengidap kanser tahap empat seminggu sebelum Aidilfitri.

Ibu mereka menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat jam 7.15 malam.

Kisah mereka berlima yang disiarkan Astro AWANI sebelum ini mendapat perhatian ramai. Bahkan, rentetan kisah hidup mereka sehingga ibunya pergi buat selama-lamanya menerima simpati banyak pihak.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Kelantan, Ir Meor Shamshir Meor Zulkefli Auni berkata pihaknya bersedia mengambil mereka berlima sebagai anak angkat.

Kebajikan lima beradik ini akan dijaga termasuk soal persekolahan mereka, katanya.

“Kami sudah bawa hal ini ke peringkat kebangsaan. Semua exco bersetuju untuk jadikan mereka sebagai anak angkat.

“Fokus kami adalah pendidikan kerana kami percaya ia dapat mengubah nasib mereka. Dan kami akan sentiasa bertanyakan khabar mereka,” katanya.

Menurutnya lagi, sebagai permulaan, beliau melalui Pertubuhan Asnaf Kelantan akan mendaftarkan anak-anak itu di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan mewujudkan tabung sumbangan bagi menyalurkan bantuan yang diperlukan.

Sumber: Awani

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel “Ambillah kami sebagai anak angkat, tapi jangan pisahkan kami” – 5 beradik hilang ibu menjelang Syawal

Sekianlah artikel “Ambillah kami sebagai anak angkat, tapi jangan pisahkan kami” – 5 beradik hilang ibu menjelang Syawal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Ambillah kami sebagai anak angkat, tapi jangan pisahkan kami” – 5 beradik hilang ibu menjelang Syawal dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ambillah-kami-sebagai-anak-angkat-tapi_4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :