link : Anaknya Lahir 2 Kali, Tak Semua Ibu Akan Dapat Lalui Situasi Luar Biasa Ini!
Anaknya Lahir 2 Kali, Tak Semua Ibu Akan Dapat Lalui Situasi Luar Biasa Ini!
Hanya yang pernah merasa kehilangan akan tahu menghargai, sekejap atau mungkin buat selama-lamanya. Namun kita yang hanya jadi pembaca, tetap rasa sebak disebabkan jalan ceritanya cukup 'membahagiakan' dari sudut pinjaman Allah. Jom selami hati seorang ibu ini, Wiwie Darvienda Mazweena dan anaknya, Noah...
Macam biasalah mamy sakit beranak, layan contraction sambil bebel kat dady, duduk hospital dua malam baru Noah lahir ceaser sebab tertelan najis dalam perut mamy.
Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar dan selamat walaupun kamu ditahan NICU sehari, tapi syukur bila mamy sedar sepenuhnya dari bius tu kamu dah boleh keluar teman mamy kat ward biasa. 3 hari jugak untuk tunggu keputusan darah kamu.
Beranak adalah pengalaman yang paling sakit dan menakutkan bagi mamy. Tapi pengalaman itu yang terindah. Barulah mamy dapat rasa dan turut mengkagumi kehebatan ibu-ibu lain.
Masa tu la baru terfikir betapa hebatnya seseorang ibu melahirkan anak ramai dan mungkin ada yang mengalami masalah ketika melahirkan tapi mereka tabah dan cekal. Sungguh hebat.
Berpantang seperti ibu-ibu lain. Mamy jalani hari-hari baru bersama kamu. Kamu sihat walafiat dihujung berpantang, kamu selsema dan batuk.
3 hari kamu tak sihat, ketiga-tiga hari tu jugak kami bawa kamu ke klinik. Tapi doktor cuma bagi ubat titis kat hidung untuk cairkan kahak.
Hari ke 30 kita berpantang... itulah hari paling menakutkan, perasaan yang lebih takut yang mamy pernah rasa.
Pagi itu mamy bangun mandi dan siapkan kamu. Kamu nampak lemah, pucat dan tak nak menyusu. Risau tapi fikirkan semula nasihat doktor suruh teruskan menyusu bdn, mamy cuma mampu turutkan.
Tengah hari... ketika Noah masih tidur, dady salinkan lampin Noah. Najis kamu keluar sndiri, dady agak panic dan cuba dukung Noah.
Noah collapse...
Dengan tiba-tiba nafas kamu terhenti, nafas terakhir yang begitu panjang dan berbunyi. Muka kamu jadi biru. Tak dengar denyutan jantung, tiada pergerakan menunjukkan kamu bernafas. Tiada respond bila panggil nama kamu. Tiada...
Allahuakhbar Noahh... badan mamy yang tengah panas terus bertukar sejuk. Sejuk ketakutan, jantung berderau. Mamy bergegas ambil buku record kesihatan kamu dan ajak dady bawa kamu ke klinik berdekatan.
Masa berlalu bergitu pantas masa tu. Tapi terlalu lama saat itu bagi kami. Perjalanan rumah ke klinik depan rumah terasa begitu jauh.
Dady bawa kerete macam lipas kudung. Mamy peluk Noah, Noah longlai rebah dibahu mamy. Mamy urut dada kamu, mamy panggil nama kamu. "Naoh anak kuat mamy, bangun sayangggg... bangunnn. Mamy kat sini"
Tiada pergerakan...
Tiada kata dari mulut kami suami isteri selain istighfar dan memanggil kamu.
Berhenti di klinik bersalin berdekatan, ditolak sbb tak berani amik emergency kes. Kami bergegas ke klinik lain, hanya satu klinik lagi je kami yg kami boleh harapkan untuk dapatkan bantuan.
Kira-kira 10 minit kejadian tu semanjak keluar rumah. Syukur berhenti di Klinik Dr Bahiah dan doktor terima kes kami, ditolaknya semua pesakit termasuk yang sedang dirawat semata-mata nak bantu Noah.
Dr Bahiah dan suami (juga seorang doct) lalukan segala usaha. Sambil menunggu ambulance, semua kaki tangan memainkan peranan masing-masing. Doktor beri bantuan oxygen untuk cairkan hingus, cpr dan defibrillator (pam jantung). Masyallah keadaan itu masih lagi terngiang dalam ingatan.
Lepas few minutes, doktor pandang mamy beritahu masih tak dapat kesan apa-apa denyutan dan nadi. Dady kamu macam nak muntah hampir pengsan dengar berita itu terus keluar bilik rawatan.
Mamy yang tersandar pada dinding masih terkaku, diam membisu tak melepaskan pandang pd kamu. Tapi jerit hati mamy "bangun sayang!!! Bangun Noah Khaleefa!" Doktor yang masih berusaha 'bangunkan' kamu pandang mamy sekali lagi dan hanya geleng kepala.
Terdiam... Istighfar dan seru nama Allah yang Maha Berkuasa agar berikan kamu peluang.
SATU perkara mamy bagitahu, INSTINCT IBU itu betul!!! Kamu responded! Tiba-tiba bernafas! Satu nafas yang panjang seolah kamu rasa yang amat lega! Masyallah masa tu lah baru mamy rasa nak pitam! Nak pitam sebab Tuhan dengar rintihan hati mamy! Kamu dah kembali!
Tapi penafasan kamu tak stabil. Ambulance sampai, kamu dikejarkan ke hospital.
Seminggu di ward dengan bantuan penafasan.
Kamu tak boleh tidur disisi mamy macam selalu.. ya Allah rindu. Masih terasa rindu tu ke hari ni.
Sakitnya mamy tgok kamu macam ni.
Hb kamu turun naik.. kejap normal kejap lemah.
Kamu minum melalui tube... mamy rindu kamu.. rindu bonding antara ibu dan anak ketika kamu menyusu.
Cerita tentang kamu tersebar. Mamy lalui hari-hari yang sukar, namun mamy kena tabah walau terkadang hampir berputus asa bila doktor kata jangan mengharapkan apa-apa.
Tapi mamy dady sentiasa menunggu keajaiban.
Ramai mendoakan kamu kesihatan kamu.
Berkat doa kalian... kamu beri satu senyuman.
Hari demi hari kamu semakin kuat. Tersenyum mamy adalah kerana kamu sayang.
Kita dah boleh tdo sama-sama, mamy dah boleh teman kamu tidur. Mamy tidur kat katil noah walaupun kaki terkeluar dari katil. Rindduu.
Bila doktor dah benarkan kamu bernafas tanpa bantuan pernafasan barulah ada selera mamy nak makan.
Kamu sihat sepenuhnya. Kamu hebat sayang! Kamu anak yang kuat! Masa tu ramai happy bila mamy upload gambar ni sebab doa mereka yang inginkan kamu sihat termakbul. Masyallah perihatin sungguh rakyat Malaysia ni sayang. Semua sayang kamu. Noah semakin kuat dan dapat keluar ward.
Berkat doa kalian juga, Noah hidup sihat sehingga kini.
Oleh kerana itu, kami doakan juga kesejahteraan kalian. Di sini, dihadapan Kaabah.
Terima kasih semua. Terima kasih doktor Bahiah yang tak putus asa dapatkan anak saya semula. Allahu tak terkata ... terima kasih nurse-nurse dan doktor di Hospital Sg Buloh yang sentiasa beri tumpuan pada Noah.
Terima kasih semua.
Selamat Hari Lahir Noah Khaleefa sayang.
"Kemana kamu pergi 20 minit tu?"
Alhamdulillah terima kasih Allah.
Demikianlah Artikel Anaknya Lahir 2 Kali, Tak Semua Ibu Akan Dapat Lalui Situasi Luar Biasa Ini!
Anda sekarang membaca artikel Anaknya Lahir 2 Kali, Tak Semua Ibu Akan Dapat Lalui Situasi Luar Biasa Ini! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/anaknya-lahir-2-kali-tak-semua-ibu-akan.html