link : Anggota Perlu Peka, Kenal Pasti Musuh Dalam Selimut
Anggota Perlu Peka, Kenal Pasti Musuh Dalam Selimut
LAHAD DATU – Anggota Parlimen Silam Datuk Datu Nasrun Datu Mansur mengingatkan anggota UMNO Bahagian Silam agar peka keadaan sekeliling dan mengenal pasti musuh dalam selimut.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berkata musuh unik itu perlu ditangani dengan bijak, tertib dan segera.
“Kita perlu bersedia, pilihan raya umum (PRU) lalu kita hanya hadapi musuh tradisi iaitu anggota parti lawan tetapi PRU kali ini kita mungkin berdepan dengan musuh dalam selimut dan sebab itu jentera UMNO perlu perkuatkan perang saraf, kukuhkan maklumat dan kenal pasti musuh unik sebelum rakyat dipengaruhi dalam diam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program pemimpin bersama rakyat di Kampung Binuang dekat sini.
Beliau turut mengingatkan anggota UMNO agar tidak terlalu yakin boleh menang sehingga leka bekerja keras untuk turun padang dan membantu rakyat.
“Walaupun pada PRU-13 lalu kelebihan undi kepada BN adalah besar tapi itu bukan jaminan untuk kita lalai dengan kemenangan lalu,” katanya. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Anggota Perlu Peka, Kenal Pasti Musuh Dalam Selimut
Anda sekarang membaca artikel Anggota Perlu Peka, Kenal Pasti Musuh Dalam Selimut dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/anggota-perlu-peka-kenal-pasti-musuh.html