link : Angkara pengurusan lalu
Angkara pengurusan lalu
Kuala Lumpur: Kegagalan pengendali skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee mengumpulkan kesemua 26 pemain pada latihan pusat bermula kelmarin berpunca daripada kesilapan pengurusan lama kerana tidak menganggap kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok pada 19 Julai ini sebagai penting.
Sebaliknya barisan pengurusan lama yang diketuai pengurus Datuk Rozabil Abd Rahman dan ketua jurulatih B-22 Frank Bernhardt sekadar menjadikan saingan Sukan SEA di Kuala Lumpur, Ogos nanti sebagai keutamaan mereka.
Jelas pengurus skuad B-22 Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, sekiranya pengurusan lama turut mengambil serius kelayakan Piala AFC B-23 sebelum ini, pastinya kemelut yang melanda skuad kendalian Kim Swee itu dapat dielakkan.
“Apa yang saya tahu, jadual ini sudah disusun lebih awal dari tahun lalu untuk membolehkan pasukan B-22 memberi fokus terhadap Sukan SEA bulan depan,” katanya kepada Arena Metro, semalam.
“Saya nak cakap nanti membabitkan jurulatih lalu. Mungkin jurulatih itu lebih mementingkan Sukan SEA sebagai sasaran utama dan tidak meletakkan apa-apa sasaran di kelayakan AFC.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Angkara pengurusan lalu
Anda sekarang membaca artikel Angkara pengurusan lalu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/angkara-pengurusan-lalu.html