link : Anti G20: Pertumpahan Darah Kini Jadi Persembahan
Anti G20: Pertumpahan Darah Kini Jadi Persembahan
DEMONSTRASI aktivis bukan isu baharu setiap kali berlangsungnya Sidang G20. Pecinta kemanusiaan, aktivis alam sekitar, penentang perang dan pejuang perkongsian kemakmuran, akan menjadikan G20 sebagai platform perarakan jalanan.
Ini tradisi bagi menarik perhatian dunia kerana dia sinilah 20 pemimpin negara maju bertemu bagi membincangkan isu-isu utama peringkat global.
Namun, G20 kini tidak lebih seperti pertemuan para gambino (wakil gengster) dalam mesyuarat kartel mafia. Tentatif dan agenda mesyuaratnya sangat muluk – tetapi isinya penuh ketamakkan negara-negara peserta yang hanya mahukan keuntungan sepihak.
Amerika Syarikat umpamanya, kekal enggan menandatangani resolusi berkait alam sekitar. Alasan Donald Trump, sektor industrinya yang menggunakan arang batu akan menangung beban apabila harus membayar kos kepada G20 bagi menangani masalah pencemaran.
Turki juga menimbulkan kejutan. Ketika 19 negara lain dijangka meneruskan agenda ini tanpa AS, Perdana Menteri, Raccep Erdogan mengumumkan parlimen Turki tidak akan menandatanginya. Alasan Erdogan mudah: Status Turki dalam G20 mesti dinaiktaraf.
Turki diletakkan sebagai negara industri utama dan bukan negara maju dalam status G20. Status ini menyebabkan Turki perlu membayar kos kepada G20 bagi membiayai projek pemuliharaan alam sekitar. Turki menyifatkannya tidak adil.
Ankara mahukan dinaiktaraf ke status negara maju bagi membolehkan Turki menerima dana pembiayaan dan bukan mengeluarkan dana bagi tujuan kos pemuliharaan alam sekitar.
Isu peperangan dan krisis kemanusiaan tidak dibincangkan. Satu lagi persoalan merosotnya intergiriti G20. Tiada sebarang resolusi atau idea dikemukakan mengenai nasib 200 juta mangsa kebuluran terutama di Afrika Timur dan Sub Sahara.
Isu 65 juta pelarian juga tidak disentuh ketika krisis kebanjiran pendatang, terutama merentasi lautan Mediteranean sangat memburuk sejak 2013. Enam bulan pertama tahun ini saja, lebih 100 ribu pelarian menyeberangi Mediteranean menuju Itali dan Greece sebelum meneruskan perjalanan ke pelbagai negara eropah.
Trend geografi pelarian juga berubah. Migrasi utama bukan lagi pelarian Syria yang menyeberang lautan melalui Turki. Sebaliknya sekarang, pelarian muncul dari pantai Libya, membawa muatan mangsa kebuluran dari benua Afrika menuju Eropah.
Jumlah kematian tahun ini dianggarkan lebih 2,000 nyawa. Kebanyakkannya mati lemas dalam tragedi kapal atau bot karam, atau mati kebuluran dalam perjalanan.
G20 akan terus melalui era demonstrasi buruk. Sikap angkuh dan tiadanya semangat bekerjasama antara pemimpin negara-negara maju akan menjadikan suara kemarahan aktivis dunia beralih ke pertempuran ganas.
Canselor German, Angela Markel menyifatkan, tindakan perusuh mencederakan 500 anggota polis sebagai anti demokrasi. Tetapi bagi para aktivis; darah perlu dipersembahkan pada Sidang G20, ketika dunia berdepan dengan krisis ketiadaan pemimpin berjiwa global. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Anti G20: Pertumpahan Darah Kini Jadi Persembahan
Anda sekarang membaca artikel Anti G20: Pertumpahan Darah Kini Jadi Persembahan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/anti-g20-pertumpahan-darah-kini-jadi.html