ANWAR NOMBOR SATU & MAHATHIR NOMBOR DUA DALAM PAKATAN HARAPAN

ANWAR NOMBOR SATU & MAHATHIR NOMBOR DUA DALAM PAKATAN HARAPAN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ANWAR NOMBOR SATU & MAHATHIR NOMBOR DUA DALAM PAKATAN HARAPAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ANWAR NOMBOR SATU & MAHATHIR NOMBOR DUA DALAM PAKATAN HARAPAN
link : ANWAR NOMBOR SATU & MAHATHIR NOMBOR DUA DALAM PAKATAN HARAPAN

Baca juga


ANWAR NOMBOR SATU & MAHATHIR NOMBOR DUA DALAM PAKATAN HARAPAN

Struktur kepimpinan tertinggi Pakatan Har?pan (PH) yang terbaru telah menyerlahkan lagi kekalutan, ragu sesama sendiri dan tiada kepakatan dalam pakatan pembangkang.

Lebih-lebih lagi apabila ada 3 ketua di dalam 1 struktur tersebut. Anwar Ibrahim adalah Ketua Umum, Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Sesiapa sahaja akan mempersoalkan, malah ada yang menyindir konsep 3 kepala 1 organisasi ini. Penyokong-penyokong pembangkang pula ‘No Comment’ hanya mampu menyaksikan sandiwara dan sarkis pemimpin-pemimpin mereka itu.

Portal-portal pro-pembangkang pula begitu jelas cuba menutup kejanggalan struktur 3 ketua ini dengan tidak memperbesarkan isu fundamental ini. Malah ada portal pro-pembangkang yang hanya melaporkan jawatan Wan Azizah di penghujung laporan mereka, mungkin dengan harapan pembaca tidak sedar dengan kewujudan 3 kepala 1 badan ini.

Tetapi segala putar belit, sandiwara pembangkang dan media-medianya menjadi sia-sia apabila portal Keadilan Daily telah melaporkan siapa boss tertinggi dalam PH. Ianya bukan Mahathir malah Mahathir sebenarnya di bawah orang ini!

KeadilanDaily melaporkan bahawa majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengumumkan Ketua Umum KEADILAN Anwar Ibrahim sebagai pemimpin nombor SATU gabungan itu.

Tidak menghairankan apabila hanya portal Keadilan Daily sahaja yang melaporkan perkara ini manakala portal-portal pro-pembangkang tidak.

Laporan ini bermaksud bahawa Mahathir hanyalah orang kedua dalam PH dan perkara ini sudah pasti menjadi perbualan panas semua orang.

Anwar yang mempunyai kuasa eksekutif dan kata putus terakhir dalam pembuatan keputusan PH bukannya Mahathir.

Ironinya, seorang banduan yang sekarang berada dalam penjara dan yang pernah merengkuk penjara disebabkan oleh Mahathir sebelum ini adalah ketua Mahathir dalam PH sekarang ini!

Malah Mahathir pernah berkata bahawa Anwar tidak boleh menjadi perdana menteri kerana moralnya yang teruk dan seks songsangnya. Tetapi sekarang Mahathir berada di bawah orang yang rosak moralnya itu.

Seperkara lagi, penulis perhatikan pihak BN masih lagi berlembut dalam isu Anwar calon Perdana Menteri ini.

Bayangkan jika ianya adalah pemimpin BN. Penulis yakin puak pembangkang akan membongkar kembali segala sejarah silam tentang episod seks songsang, zina dengan wanita lain dan video-video yang pernah didedahkan sebelum ini. Pembangkang akan menggunapakai isu to the fullest dan tanpa belas kesihan.

Tetapi setakat ini, pihak BN tidak melakukanya. BN masih lembut hati.

Yang ada adalah seorang pemimpin yang melanggar prinsipnya sendiri dan kini berada di bawah seorang banduan yang beliau sendiri cop sebagai rosak moralnya.


Demikianlah Artikel ANWAR NOMBOR SATU & MAHATHIR NOMBOR DUA DALAM PAKATAN HARAPAN

Sekianlah artikel ANWAR NOMBOR SATU & MAHATHIR NOMBOR DUA DALAM PAKATAN HARAPAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ANWAR NOMBOR SATU & MAHATHIR NOMBOR DUA DALAM PAKATAN HARAPAN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/anwar-nombor-satu-mahathir-nombor-dua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :