Apa salah Syazana Amirah?

Apa salah Syazana Amirah? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa salah Syazana Amirah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa salah Syazana Amirah?
link : Apa salah Syazana Amirah?

Baca juga


Apa salah Syazana Amirah?

“SUNGGUH tidak berhati perut. Mengapa perlu mencederakan, apalah salah anak saya?” itu kata Siti Rafiah Mansor, 48, ibu kepada Syazana Amirah Asshaari, 14, yang retak tengkorak kepala dan patah rahang akibat dibelasah penyamun yang menceroboh rumah mereka di Kampung Masjid, Bangi, Jumaat.

Syazana ditemui oleh Siti Rafiah dalam keadaan terbaring di atas katil berlumuran darah serta kecederaan di kepala, dagu dan mulut, kira-kira 11.15 pagi, ketika baru pulang dari bekerja sebagai pembantu kedai.

Siti Rafiah berkata, sejak petang kejadian sehingga hari ini, dia masih belum pulang ke rumah kerana mahu berada di sisi Syazana termasuk menemani anak bongsunya itu menjalani pembedahan awal pagi tadi.

"Pembedahan dibuat bagi membuang darah beku dekat otak yang dijalankan pada 4 pagi tadi dan selesai sepenuhnya kira-kira 12 tengah hari.

"Setakat ini, dia (Syazana) belum sedar lagi. Tetapi sebelum pembedahan pagi tadi, dia sempat membuka mata untuk beberapa saat.

"Keluarga saya minta supaya jangan terlalu banyak menangis, kalau saya menangis Syazana akan turut menangis," katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kaji Saraf, Hospital Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, dia memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan anaknya supaya sembuh dengan segera.

Kakak sulung mangsa, Nur Atikah, 22, berkata, ada saksi yang ternampak dua lelaki mencurigakan dengan sebuah motosikal di kawasan rumahnya pada hari kejadian. 

"Seorang daripadanya memasuki rumah kami, seorang lagi menunggu di atas motosikal berdekatan rumah. Selepas menyamun barang kami, dia keluar dan melarikan diri tanpa memakai topi keledar.

"Tetapi kami serahkan semua siasatan kepada pihak polis. Kami tidak meminta sumbangan wang tunai, kami lebih mahukan doa orang ramai supaya semuanya berjalan lancar," katanya.

Menurutnya, kejadian itu kali pertama berlaku dan tidak mahu mengesyaki sesiapa yang melakukannya supaya keluarganya boleh menghadapi dugaan itu dengan tenang.

Sementara itu, Ketua Kampung Bangi, Zakaria Bujang berkata, dia menyifatkan kejadian itu sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan serta percaya ia dilakukan oleh individu yang mengenali mangsa.

"Jarang berlaku kes pecah rumah di kawasan ini, jika ada pun yang kecil-kecil. Sekitar rumah mangsa terdapat beberapa rumah yang lebih mewah, tetapi mengapa rumah mangsa yang tidak seberapa menjadi sasaran.

"Kita percaya ia dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa serta sudah memerhatikan keadaan rumah itu dalam beberapa hari dan mempunyai niat lain selain merompak," katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan remaja 14 tahun parah akibat dibelasah penyamun ketika remaja itu bersendirian di rumahnya sementara keluarganya yang lain sedang bekerja.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Apa salah Syazana Amirah?

Sekianlah artikel Apa salah Syazana Amirah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa salah Syazana Amirah? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/apa-salah-syazana-amirah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :