link : Apabila 'Orang Mati' Diminta Bayar Cukai Pendapatan, LHDN Beri Penjelasan
Apabila 'Orang Mati' Diminta Bayar Cukai Pendapatan, LHDN Beri Penjelasan
LHDN menyatakan pewaris boleh menyelesaikan cukai tunggakkan individu yang meninggal dunia menerusi bayaran secara ansuran. (Gambar: najibmohamed.com)
Kesilapan itu menyebabkan LDHN dikritik sebilangan netizen memandangkan pembayar cukai berkenaan sebenarnya masih hidup. Ekoran itu LHDN dalam satu kenyataan media pada semalam membuat permohonan maaf kepada pembayar cukai berkenaan.
KESILAPAN LHDN
LHDN dalam kenyataannya menjelaskan, kecuaian itu berlaku gara-gara kesilapan data borang dalam menentukan status pembayar cukai oleh pentadbir cukai langsung negeri.
"LHDN ingin mengakui telah berlaku kesilapan data borang dan kecuaian di pihak kami dalam menentukan status pembayar cukai. Melalui semakan lanjut yang dibuat, LHDNM mendapati pembayar cukai masih hidup dan dengan ini ingin memohon maaf kepada pembayar cukai tersebut atas kesilapan yang berlaku," katanya.
Jelasnya, surat permohonan maaf akan dihantar kepada pembayar cukai tersebut dan tindakan yang bersesuaian juga akan diambil bagi mengelakkan kesilapan berulang.
BENARKAH DAKWAAN TIADA CUKAI TERTUNGGAK?
Maklumat yang tular di media sosial turut mendakwa pembayar cukai tersebut sebenarnya tidak mempunyai sebarang tunggakan cukai dengan LHDN. Adakah benar dakwaan itu? Jawapannya belum pasti.
LHDN memaklumkan masih dalam peringkat membuat semakan baki cukai pembayar cukai berkenaan sama ada mempunyai tunggakan seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut atau sebaliknya.
"Pihak LHDN akan mengemaskini pembayar cukai berkenaan dengan kedudukan cukai beliau setelah semakan terperinci dilakukan," katanya.
LHDN BOLEH TUNTUT TUNGGAKAN CUKAI
LHDN bagaimanapun menegaskan pentadbir cukai langsung negeri sememangnya mempunyai mempunyai kuasa menurut Seksyen 74 dan Seksyen 106 Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk membuat tuntutan baki cukai tertunggak kepada waris sah mana-mana individu yang meninggal dunia.
Sekiranya waris sah si mati tidak mempunyai kemampuan untuk membayar tunggakan tersebut secara sekaligus, LHDN menasihatkan waris sah si mati mengunjungi pejabat LHDN untuk perbincangan bayaran secara ansuran.
Secara terperinci, kes cukai pendapatan bagi setiap individu yang meninggal dunia diselesaikan dengan cara seperti berikut:
1. Cukai Pendapatan Individu Yang Meninggal Dunia
Bagi individu yang meninggal dunia, taksiran cukai akan dibuat untuk pendapatan yang diterima sehingga tarikh kematian individu tersebut. Bagaimanapaun, ia merujuk pada beberapa perkara berikut:
- Pendapatan seorang individu sehingga tarikh kematian akan dikenakan cukai sebagai pendapatan individu berkenaan walaupun taksiran akan dibuat di atas nama wakil sah. Contoh: Dalam tahun 2015, A meninggal dunia pada 1.6.2015. Oleh itu, pendapatan yang diterima mulai 1.1.2015 sehingga 31.05.2015 akan ditaksir sebagai pendapatan si mati A dalam tahun 2015. Taksiran akan dibuat atas nama wakil/waris sah si mati A.
- Apa-apa pendapatan diperoleh selepas tarikh kematian tidak akan akan dianggap pendapatan si mati. Semua pendapatan selepas tarikh kematian akan dianggap sebagai pendapatan harta pusaka individu yang meninggal (si mati) dan ditaksir atas nama Wasi atau Pentadbir Harta Pusaka. Satu fail baru akan didaftarkan untuk tujuan menaksir pendapatan harta pusaka si mati.
- Kadar cukai yang dikenakan ke atas Pentadbir harta pusaka atau Wasi adalah sama dengan kadar cukai yang dikenakan ke atas individu. Wasi atau pentadbir dikehendaki melaporkan pendapatan harta pusaka di bawah pentadbirannya dengan menggunakan Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk harta pusaka iaitu Borang TP.
2. Layanan Terhadap Baki Cukai Si Mati
2.1. Lebihan Kredit Cukai
Sekiranya si mati mempunyai lebihan kredit, waris sah si mati boleh menuntut bayaran balik ke atas lebihan kredit tersebut dengan membawa dokumen di bawah:
- Sijil Kematian.
- Salinan Surat Pentadbir Harta Pesaka yang diakui sah sama ada oleh Pesuruhjaya Sumpah, Majistret Mahkamah atau kakitangan kerajaan dalam kategori A.
- Bagi kes pembayaran balik kepada waris atau pentadbir, nama waris atau pentadbir diikuti dengan nama harta pusaka hendaklah dinyatakan.
- Jika terdapat lebih dari satu pentadbir harta pusaka bayaran balik akan dibuat atas satu nama pentadbir sahaja.
- Jika pembayar cukai tidak mempunyai harta, Surat Akuan Sumpah (Borang Am 80) yang ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah atau Majistret Mahkamah boleh diterima.
- Jika pembayar cukai tidak bermastautin telah meninggal dunia, surat akuan mestilah ditandatangani di hadapan Notary Public. Bayaran balik akan diproses apabila semua taksiran telah dibangkitkan dengan teratur.
2.2. Tunggakan Cukai
Cukai tertunggak wujud apabila baki cukai gagal dibayar dalam tahun semasa sehingga melangkau ke tahun taksiran berikutnya. Sekiranya si mati mempunyai tunggakan cukai, Wasi (waris sah) bertanggungjawab untuk menyelesaikan bayaran tunggakan tersebut. Kuasa menuntut cukai tertunggak si mati daripada Wasi (waris sah) adalah termaktub di bawah Seksyen 74 dan Seksyen 106 Akta Cukai Pendapatan 1967. Jika Wasi si mati tidak mampu untuk menyelesaikan baki cukai tersebut, aturan bayaran boleh dilakukan secara budi bicara.
Demikianlah Artikel Apabila 'Orang Mati' Diminta Bayar Cukai Pendapatan, LHDN Beri Penjelasan
Anda sekarang membaca artikel Apabila 'Orang Mati' Diminta Bayar Cukai Pendapatan, LHDN Beri Penjelasan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/apabila-orang-mati-diminta-bayar-cukai.html