APMM Tingkat Kerjasama Agensi Asing Tangani Persepsi

APMM Tingkat Kerjasama Agensi Asing Tangani Persepsi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul APMM Tingkat Kerjasama Agensi Asing Tangani Persepsi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : APMM Tingkat Kerjasama Agensi Asing Tangani Persepsi
link : APMM Tingkat Kerjasama Agensi Asing Tangani Persepsi

Baca juga


APMM Tingkat Kerjasama Agensi Asing Tangani Persepsi

KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan meningkatkan kerjasamanya dengan agensi negara asing bagi menangkis tanggapan Malaysia pusat transit pemerdagangan manusia.

Timbalan Ketua Pengarahnya Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Taha Ibrahim berkata antara usaha yang diambil ialah mengadakan operasi bersama dengan Pasukan Sempadan Australia (ABF) menerusi ‘Ops Redback’ yang dijalankan sejak 2012.

Selain itu, APMM juga sering bertukar-tukar maklumat dengan negara serantau seperti Indonesia, Filipina dan Vietnam, katanya  kepada pemberita selepas majlis penutup Ops Redback 8 di Pangkalan Maritim Kuala Perlis, di sini hari ini.

Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Dr Angela Macdonald dan Pengarah ABF bagi Wilayah Asia Tenggara, Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan, Komander Chris Waters.

Ops Redback 8 merupakan operasi pertama di wilayah utara dan ia membabitkan dua kapal dan empat bot dengan 53 pegawai dan anggota APMM, dua pegawai ABF serta 130 nelayan tempatan yang berlangsung selama enam hari bermula 17 Julai hingga semalam.

Mohd Taha berkata Ops Redback menumpukan kepada usaha memerangi ancaman keselamatan maritim yang dihadapi kedua-dua negara iaitu penyeludupan migran dan pemerdagangan manusia.

Beliau juga berkata ABF akan menghantar dua kapalnya menyertai Ops Redback 9 yang dijadualkan Oktober ini di Selat Melaka.

Mengulas tangkapan di bawah  Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran 2007, beliau berkata bagi tempoh 2010 hingga sekarang APMM melakukan 60 tangkapan melibatkan 66 individu dengan dua kes dibawa ke mahkamah. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel APMM Tingkat Kerjasama Agensi Asing Tangani Persepsi

Sekianlah artikel APMM Tingkat Kerjasama Agensi Asing Tangani Persepsi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel APMM Tingkat Kerjasama Agensi Asing Tangani Persepsi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/apmm-tingkat-kerjasama-agensi-asing.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :