Apple Raikan Ulang Tahun Ke-10 iPhone

Apple Raikan Ulang Tahun Ke-10 iPhone - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apple Raikan Ulang Tahun Ke-10 iPhone, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apple Raikan Ulang Tahun Ke-10 iPhone
link : Apple Raikan Ulang Tahun Ke-10 iPhone

Baca juga


Apple Raikan Ulang Tahun Ke-10 iPhone

Apple Inc meraikan ulang tahun ke-10 iPhone pada Jun lalu, sekaligus mengimbas kenangan permulaan yang sukar bagi penghasilan peranti yang akhirnya mencetus revolusi telefon pintar.
Steve Jobs
Steve Jobs memperkenalkan iPhone pada 9 Januari 2007.

Apple telah menjual lebih daripada satu bilion iPhone sejak 19 Jun 2007 namun iPhone pertama, yang dilancarkan tanpa App Store dan terhad kepada rangkaian AT&T Inc, dihasilkan secara terhad berbanding versi hari ini.

Selepas jualan awal yang lembab, Apple telah menurunkan harga untuk merangsang jualan musim percutian pada tahun itu.

“Model perniagaan pada tahun pertama jualan iPhone sungguh lemah. Kami telah mengubah strategi dan mendapat penyelesaian pada tahun kedua,” ujar Tony Fadell, salah seorang pembangun peranti Apple tersebut.

Konsep iPhone mengejutkan ramai pihak sedekad yang lalu, walaupun Apple yang diketuai oleh CEO Steve Jobs, telah berkembang melampaui teknologi komputer menerusi iPod.

iPhone mencapai kemajuan pada tahun 2008 apabila Apple memperkenalkan App Store, yang membolehkan pembangun perisian mencipta dan mengedarkan aplikasi mudah alih, sementara Apple mengambil sebahagian daripada pendapatan.

Sepuluh tahun kemudian, pendapatan perkhidmatan merupakan bidang pertumbuhan penting untuk Apple, yang meraih pendapatan sebanyak AS$24.3 juta pada tahun lepas.

Model Baru

Peminat dan pelabur kini memandang ke hadapan untuk keluaran iPhone 8 sempena ulang tahun ke-10.

Dijangka diperkenalkan pada musim luruh ini, ramai tertanya-tanya sama ada ia bakal dilengkapi ciri baharu untuk menarik perhatian pengguna.

Telefon baharu itu mungkin menerapkan sensor pemetaan 3-D, sokongan untuk aplikasi realiti augmentasi yang menggabungkan dunia maya dan sebenar, serta paparan baharu dengan LED organik, yang ringan dan fleksibel, menurut penganalisis di Bernstein Research.

Sedekad selepas dilancarkan ke dalam pasaran yang sebahagian besarnya dikuasai peranti Blackberry dan Microsoft, iPhone kini bersaing dengan telefon bimbit yang dibangunkan melalui perisian Android Google, yang diedarkan kepada Samsung Electronics dan pengeluar lain di seluruh dunia.

Walaupun sebahagian besar telefon pintar di dunia kini menggunakan perisian Android, Apple masih menjana keuntungan yang paling banyak dalam industri meskipun perantinya lebih mahal.

Lebih daripada dua bilion orang kini mempunyai telefon pintar, menurut data daripada eMarketer, dan Fadell, yang pernah bekerja untuk Apple dan Alphabet.

“Kemampuan untuk mendemokrasikan pengkomputeran dan komunikasi di seluruh dunia sungguh mengagumkan.

“Saya berasa sungguh bangga kerana itulah yang dilakukan oleh Steve dengan Apple II dan Mac, yang merupakan komputer untuk kita.

"Akhirnya, ia di sini, 30 tahun kemudian," ujar Fadell.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cara Membezakan iPhone Original Dan iPhone Palsu!

sumber: astroawani

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Apple Raikan Ulang Tahun Ke-10 iPhone

Sekianlah artikel Apple Raikan Ulang Tahun Ke-10 iPhone kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apple Raikan Ulang Tahun Ke-10 iPhone dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/apple-raikan-ulang-tahun-ke-10-iphone.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :