Arab Saudi, 3 Negara Beri Qatar 48 Jam Penuhi Tuntutan

Arab Saudi, 3 Negara Beri Qatar 48 Jam Penuhi Tuntutan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Arab Saudi, 3 Negara Beri Qatar 48 Jam Penuhi Tuntutan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Arab Saudi, 3 Negara Beri Qatar 48 Jam Penuhi Tuntutan
link : Arab Saudi, 3 Negara Beri Qatar 48 Jam Penuhi Tuntutan

Baca juga


Arab Saudi, 3 Negara Beri Qatar 48 Jam Penuhi Tuntutan

DUBAI – Arab Saudi dan tiga sekutu yang mendakwa Qatar menyokong keganasan, bersetuju dengan permintaan Kuwait supaya melanjutkan tempoh 13 tuntutan yang perlu dipenuhi Doha kepada 48 jam.

Kenyataan bersama itu disiarkan oleh agensi berita Arab Saudi, SPA, semalam. Tempoh tuntutan itu sepatutnya tamat semalam.

Menurut agensi berita Kuwait, KUNA, tanpa menyatakan sama ada Qatar menolak tuntutan itu, Emir Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber meminta Arab Saudi dan tiga negara itu memberi tempoh lanjutan berkenaan.

Kuwait bertindak sebagai orang tengah selepas Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik serta perjalanan terhadap Qatar atas dakwaan Doha menyokong pengganas selain menjadi sekutu Iran.

Bagaimanapun, Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman al-Thani mendakwa tuduhan itu tidak berasas.

Katanya, 13 tuntutan dikemukakan yang patut ditolak itu termasuk menutup stesen tv al Jazeera dan menutup pangkalan tentera Turki di negara itu.

Semua negara terbabit mengemukakan senarai tuntutan yang perlu dipenuhi oleh Doha dalam tempoh 10 hari dan diserahkan oleh Kuwait, selaku orang tengah bagi menyelesaikan krisis berkenaan.

Jika Qatar gagal memenuhi semua tuntutan itu, sekatan tambahan akan dikenakan ke atas negara itu. – BH ONLINE

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Arab Saudi, 3 Negara Beri Qatar 48 Jam Penuhi Tuntutan

Sekianlah artikel Arab Saudi, 3 Negara Beri Qatar 48 Jam Penuhi Tuntutan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Arab Saudi, 3 Negara Beri Qatar 48 Jam Penuhi Tuntutan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/arab-saudi-3-negara-beri-qatar-48-jam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :