“Awak didapati memandu laju dan telah melanggar hati saya” – Gambar kahwin paling win!

“Awak didapati memandu laju dan telah melanggar hati saya” – Gambar kahwin paling win! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Awak didapati memandu laju dan telah melanggar hati saya” – Gambar kahwin paling win!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Awak didapati memandu laju dan telah melanggar hati saya” – Gambar kahwin paling win!
link : “Awak didapati memandu laju dan telah melanggar hati saya” – Gambar kahwin paling win!

Baca juga


“Awak didapati memandu laju dan telah melanggar hati saya” – Gambar kahwin paling win!

Jaga-jaga jangan sampai terlanggar, sebab kalau sekali langgar, ‘akibatnya’ terpaksa ditanggung seumur hidup.

"Awak didapati memandu laju dan telah melanggar hati saya" - Gambar kahwin paling win!

“Awak didapati memandu laju dan telah melanggar hati saya” – Gambar kahwin paling win!

Demikian yang berlaku kepada Khairul Anuar yang telah ‘melanggar’ hati Wahidah Yazid sehingga beliau terpaksa membayar saman RM22.50 (mas kahwin) dan penjara seumur hidup di dalam hati wanita berkenaan.

Gambar-gambar perkahwinan Khairul Anuar dan Wahidah telah menjadi tular di media sosial disebabkan jalan ceritanya yang ringkas tetapi menarik.

Individu yang merakamkan gambar-gambar kreatif ini, Amirul Hafiz Johari, 23, berkata idea ini diperolehi secara spontan ketika pulang dari sesi penggambaran pasangan pengantin berkenaan yang sebelum itu dilakukan di tepi pantai.

“Dalam perjalanan pulang, saya terfikir untuk tambah gambar dan buat sikit kelainan memandangkan kedua-dua mereka adalah anggota penguatkuasa.

“Kebetulan pula mereka berdua ‘sporting’ dan tak ada urusan lain, jadi mereka tak kisah luangkan masa untuk bergambar,” katanya kepada mStar Online.

-foto FB Amirul Hafiz Johari

Amirul Hafiz yang merupakan jurugambar sepenuh masa di Light of Love Photography berkata, Khairul Anuar adalah seorang anggota tentera dan Wahidah berkhidmat sebagai penguatkuasa trafik Polis Diraja Malaysia di Sarawak.

Amirul Hafiz berkata gambar-gambar tersebut dirakamkan di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 15 Mei lalu.

“Masa tu tengah hari, nasib baik pasangan pengantin jenis suka bergambar dan tak ada masalah bila disuruh ‘posing’,” katanya.

Mengulas mengenai keterangan pada gambar yang membuatkan ramai tersenyum apabila membacanya, Amirul Hafiz berkata, idea itu diperolehi sebelum gambar-gambar tersebut dirakamkan.

“Saya dapat idea untuk ‘caption’ gambar dulu, kemudian barulah saya ambil gambarnya,” katanya yang mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sesi tersebut.

Katanya, gambar-gambar tersebut telah dimuat naik di Facebook pada Mei lalu, tetapi disebabkan mahu berkongsi dengan seorang rakan, beliau terpaksa menukar mod privasi Facebook peribadinya kepada ‘tatapan awam’ pada Khamis sebelum ia menjadi tular.

Sumber: Mstar

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel “Awak didapati memandu laju dan telah melanggar hati saya” – Gambar kahwin paling win!

Sekianlah artikel “Awak didapati memandu laju dan telah melanggar hati saya” – Gambar kahwin paling win! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Awak didapati memandu laju dan telah melanggar hati saya” – Gambar kahwin paling win! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/awak-didapati-memandu-laju-dan-telah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :