link : Azmi Ingin Kurangkan Nafkah Anak Kerana Terpaksa Tanggung Kos Bulanan Motosikal Elly Mazlein
Azmi Ingin Kurangkan Nafkah Anak Kerana Terpaksa Tanggung Kos Bulanan Motosikal Elly Mazlein
Penyanyi Elly Mazlein meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan alasan yang diberikan oleh bekas suaminya, Azmi Hatta dalam permohonan beliau untuk mengurangkan tuntutan nafkah anak mereka, Putri Sara Sefhia yang sebelum ini ditetapkan mahkamah sebanyak RM1,500 sebulan kepada RM500 sebulan.
Alasan utama Azmi meminta pengurangan tersebut adalah kerana terpaksa menanggung kos bayaran motosikal berkuasa tinggi beliau yang berjumlah RM 1,150 sebulan.
Bagi saya alasan itu tidak munasabah. Sebab itu saya berkeras untuk menuntut RM1,500 sebulan seperti mana yang telah diputuskan mahkamah sebelum ini. Bukan itu sahaja, saya juga akan mengambil tindakan terhadapnya kerana ingkar perintah mahkamah selepas dia gagal memperuntukkan perbelanjaan sempena Aidilfitri berjumlah RM1,500.
Elly dan Azmi semalam bertemu di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Salak Tinggi setelah Azmi membuat permohonan untuk mengubah jumlah nafkah anak mereka. Perbicaraan bagi memutuskan nilai nafkah akan diteruskan pada 1 Ogos depan.
Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak, namun dalam soal nafkah anak kalau boleh cubalah berikan jumlah yang sepatutnya. Zaman sekarang, bukan mudah untuk membesarkan anak apatah lagi segala kos semakin meningkat.
Sumber Berita : Utusan Online
Sumber: Beautifulnara
Demikianlah Artikel Azmi Ingin Kurangkan Nafkah Anak Kerana Terpaksa Tanggung Kos Bulanan Motosikal Elly Mazlein
Anda sekarang membaca artikel Azmi Ingin Kurangkan Nafkah Anak Kerana Terpaksa Tanggung Kos Bulanan Motosikal Elly Mazlein dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/azmi-ingin-kurangkan-nafkah-anak-kerana.html