“Baju KLCC Saya Dah Hilang” – Mark Adam

“Baju KLCC Saya Dah Hilang” – Mark Adam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Baju KLCC Saya Dah Hilang” – Mark Adam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Baju KLCC Saya Dah Hilang” – Mark Adam
link : “Baju KLCC Saya Dah Hilang” – Mark Adam

Baca juga


“Baju KLCC Saya Dah Hilang” – Mark Adam

MASIH ingat lagi fasal cerita Mark Adam berkaitan baju Melayu KLCC yang menjadi nostalgia hidupnya? Sambutan Syawal tahun ni ramai pula yang ingin menyaksikan dia berbaju berkenaan.

Penyanyi berasal dari Filipina ini berkata, baju itu sudah hilang dari simpanannya kerana perkara itu berlaku lebih sepuluh tahun lalu ketika di baharu tiba ke Malaysia.

Bagaimanapun kata Mark, isterinya iaitu Norazah Redzuan masih mencari baju tersebut.

“Baju Melayu itu hilang, isteri saya sudah lupa ia disimpan di mana, tapi kami masih mencari untuk peminat-peminat yang bertanya.

“Saya memang pernah beli dan pakai baju corak KLCC tu dahulu masa pertama kali datang beraya di rumah isteri saya,” ujarnya.

Mark atau nama Islamnya Fikri Mark Adam, diminta mengulas apabila ramai netizen yang bertanya tentang baju Melayu bercorak menara berkembar KLCC itu.

Kisah tersebut menjadi tular selepas ia dikongsi dalam temubual di segmen pagi Sepahtu Sinar pada Jun tahun lalu.

Menerusi kisah itu, Mark berkata, dia membeli baju Melayu berharga RM20 itu semata-mata untuk beraya di rumah keluarga isterinya buat pertama kali.

Sementara itu, Mark berkata, dia tidak mempunyai sebarang foto kenangan sebagai bukti berikutan ketika itu dia tidak mempunyai kamera.

“Maaf saya juga tiada gambar baju itu sebab masa itu tidak ada kamera untuk ambil gambar,” ujarnya.

Dalam pada itu ditanya tentang sambutan Hari Raya Adilfitri kali ini, Mark berkata, dia beraya bersama keluarga mertuanya di Batu Caves, dekat sini.

Katanya, tahun ini dia menerima lebih ramai kunjungan peminat-peminat yang mahu beraya bersama berbanding tahun lalu.

“Alhamdulillah, pengalaman baru saya pada tahun ini lebih ramai peminat yang datang serbu kediaman kami,” ujarnya.

The post “Baju KLCC Saya Dah Hilang” – Mark Adam appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel “Baju KLCC Saya Dah Hilang” – Mark Adam

Sekianlah artikel “Baju KLCC Saya Dah Hilang” – Mark Adam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Baju KLCC Saya Dah Hilang” – Mark Adam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/baju-klcc-saya-dah-hilang-mark-adam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :