link : Banduan dibenar keluar penjara sekejap untuk suntik botox selepas berpoya-poya dengan pengawal penjara
Banduan dibenar keluar penjara sekejap untuk suntik botox selepas berpoya-poya dengan pengawal penjara
HEBAT wanita ini. Walaupun dipenjarakan selama enam tahun kerana merompak dan mengugut mangsanya, namun dia dibenarkan keluar dari penjara selama untuk menjalani rawatan botox di sekitar mata dan kening.
Luccia Amerecco, dari Leicestershire, dihukum penjara selepas dia dan teman lelakinya merompak seorang lelaki.
Dia yang menghidap bipolar turut mengugut mangsa dan merompak wang sebanyak RM1,584.
Namun ketika di penjara, Luccia mendedahkan dia dibenarkan keluar untuk sementara bagi menjalani rawatan botox bernilai RM1,400 dan mendapatkan rundingan untuk membesarkan payu dara.
Bekas penagih dadah itu memberitahu keistimewaan itu diperolehinya selepas dia berpoya-poya dengan pengawal di situ.
“Pada mulanya saya mendapat reaksi positif (daripada banduan lain) namun tidak lama kemudian berlakulah cemburu. Mungkin sebab mereka tidak pernah memikirkan mengenainya,’’ kata Luccia kepada Sunday Mirror.
Luccia turut menyatakan dia terkejut kerana dibenarkan keluar.
“Saya tidak percaya dibenarkan keluar untuk mendapatkan botox. Saya membayar sendiri kosnya melalui gaji yang diperolehi hasil di penjara,’’ katanya yang menyimpan RM84 seminggu bagi kerja mencuci dan melayan banduan di dewan makan.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Demikianlah Artikel Banduan dibenar keluar penjara sekejap untuk suntik botox selepas berpoya-poya dengan pengawal penjara
Anda sekarang membaca artikel Banduan dibenar keluar penjara sekejap untuk suntik botox selepas berpoya-poya dengan pengawal penjara dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/banduan-dibenar-keluar-penjara-sekejap.html