link : Bangga Sebagai Rakyat Malaysia, Apa Kata Cuba Tunggang 'SM Sport'
Bangga Sebagai Rakyat Malaysia, Apa Kata Cuba Tunggang 'SM Sport'
Rakyat Malaysia mampu berbangga dengan motosikal nasional kedua negara, SM Sport yang kini sudah dijual di pasaran. (Gambar: Eiylla Syaharith)
Melangkau lebih dua dekad jenama motosikal pertama negara itu di pasaran, kini tampil pula sebuah lagi syarikat yang menghasilkan motosikal buatan tempatan.
Syarikat pengedar, Mforce Bike Holdings (MFBH) berpusat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang menempa sejarah tersendiri apabila melancarkan jenama motosikal pertamanya dikenali SM Sport.
Model motosikal SM Sport 110R dicipta untuk memenuhi pemintaan golongan pembeli yang inginkan sebuah motosikal yang bergaya, tahan lasak, mesra alam dan paling utama harga ditawarkan jauh lebih murah berbanding jenama yang lain.
Lebih unik, MFBH telah berkolabrasi dengan syarikat Qian Jiang Motocycle yang merupakan pemilik jenama Benelli melalui kaedah pemindahan teknologi dalam penciptaan motosikal itu.
GABUNGAN TEKNOLOGI
Pengurus Besar Operasi MFBH, Asri Ahmad berkata, kebanggaan MFBH sebenarnya terletak kepada rasa prihatin terhadap perkembangan industri motosikal dan pertumbuhan ekonomi negara.
Menurutnya, gabungan komponen motosikal ini turut menggunakan produk tempatan apabila 30 peratus komponen adalah dari Malaysia manakala selebihnya adalah komponen dari luar negara.
"SM Sport 110R mempunyai ciri-ciri istimewa termasuk motosikal yang memiliki penjimatan minyak yang rendah untuk perjalanan yang jauh selain sistem suis penjimatan bahan api.
"Ia juga mempunyai reka bentuk yang aerodinamik dan 'sporty' selain motosikal ini memiliki enjin 109cc dan mempunyai fungsi penjimatan serta pengujuk udara mengikut piawaian standard pelepasan yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Enjin SM Sport 110R juga boleh mencapai 4.8Kw pada 7500RPM disamping lampu isyarat hadapan dan belakang berkonsepkan diod pemancar cahaya (LED).
"Sistem suspensi belakang Kayaba, ruang penyimpanan barang sehingga 10 liter, suis anti kecurian, tayar tanpa tiub dan satu suis 5V USB Port," katanya.
Tambahnya, SM Sport 110R dijual pada harga RM3,788 tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan jaminan dua tahun atau 20,000 kilometer (km) dan ia tampil tiga warna pilihan iaitu merah delima, kuning 'bumblebee' dan biru 'ocean'.
Asri berkata, MFBH menyasarkan motosikal ini akan terjual kira-kira 2,000 unit pada setiap bulan di seluruh negara dan ia boleh dimiliki mulai sekarang.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Bangga Sebagai Rakyat Malaysia, Apa Kata Cuba Tunggang 'SM Sport'
Anda sekarang membaca artikel Bangga Sebagai Rakyat Malaysia, Apa Kata Cuba Tunggang 'SM Sport' dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bangga-sebagai-rakyat-malaysia-apa-kata_25.html