Bank Mandiri akan beroperasi di Malaysia - Gabenor BNM

Bank Mandiri akan beroperasi di Malaysia - Gabenor BNM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bank Mandiri akan beroperasi di Malaysia - Gabenor BNM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bank Mandiri akan beroperasi di Malaysia - Gabenor BNM
link : Bank Mandiri akan beroperasi di Malaysia - Gabenor BNM

Baca juga


Bank Mandiri akan beroperasi di Malaysia - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR: Bank Mandiri Indonesia muncul sebagai Bank ASEAN Bertauliah pertama yang akan memulakan operasinya di sini tidak lama lagi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Muhammad Ibrahim.

Beliau berkata, BNM juga berharap proses ratifikasi atau pengesahan itu akan dapat dimuktamadkan dengan lancar bagi membolehkan operasi Bank Mandiri, sekali gus menjadi detik bermakna dalam usaha penyepaduan kewangan di rantau ASEAN.

"Kemuncak usaha kami adalah menerusi pemeteraian Rangka Kerja Integrasi Perbankan ASEAN (ABIF) oleh Gabenor Bank-Bank Pusat ASEAN pada 2014.

"Satu lagi pencapaian penting lain adalah pemeteraian perjanjian dua hala ABIF antara Ketua Perkhidmatan Kewangan Indonesia, Muliaman Hadad dan saya pada Ogos 2016.

"Kini, kami berbangga dapat melihat usaha penyepaduan perbankan ASEAN itu dapat direalisasikan," katanya pada majlis makan tengah hari oleh Bank Mandiri di sini, hari ini.

Muhammad berkata di bawah ABIF, bank-bank di rantau ini dapat memainkan peranan lebih besar bagi kemudahan perdagangan rentas sempadan, pelaburan selain mempertingkatkan rangkaian hubungan.

Menurutnya, rangka kerja itu juga membolehkan usaha penyepaduan secara mendalam dan pada masa sama menyediakan jaminan sewajarnya bagi objektif pembangunan kebangsaan dan kestabilan kewangan.

"Bersandarkan peranan penting bank-bank dalam ekonomi serantau, pelaksanaan ABIF itu akan menjadi pemangkin utama bagi mengukuhkan pertumbuhan bersama secara lebih mapan dan inklusif di rantau ini.

"Malah, sejajar komitmen Malaysia ke arah usaha itu, ABIF telah diratifikasi pada Mac tahun ini," katanya.

Kehadiran Bank Mandiri di Malaysia menerusi Rangka Kerja ABIF itu juga menyediakan peluang bagi mempertingkatkan penyepaduan sistem pembayaran antara Malaysia dan Indonesia.

Sementara itu, Pengarah Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Bank Mandiri, Kartika Wirjoatmodjo dilaporkan sebagai berkata PT Bank Mandiri (Persero) dijangka memulakan operasinya di sini menjelang akhir tahun ini.

Menurutnya, permulaan operasi perbankan itu pula akan bergantung kepada audit BNM yang akan dilakukan beberapa bulan akan datang.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bank Mandiri akan beroperasi di Malaysia - Gabenor BNM

Sekianlah artikel Bank Mandiri akan beroperasi di Malaysia - Gabenor BNM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bank Mandiri akan beroperasi di Malaysia - Gabenor BNM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bank-mandiri-akan-beroperasi-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :