Bantuan kepada Filipina bukti komitmen tangani ancaman Daish bersama

Bantuan kepada Filipina bukti komitmen tangani ancaman Daish bersama - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bantuan kepada Filipina bukti komitmen tangani ancaman Daish bersama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bantuan kepada Filipina bukti komitmen tangani ancaman Daish bersama
link : Bantuan kepada Filipina bukti komitmen tangani ancaman Daish bersama

Baca juga


Bantuan kepada Filipina bukti komitmen tangani ancaman Daish bersama

KULAI: Malaysia akan menghantar bantuan fasa kedua kepada tentera Filipina tidak lama lagi sekali gus membuktikan komitmen kedua-dua negara dalam menangani ancaman militan Daish bersama.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein berkata semalam Malaysia sudah menghantar bantuan kemanusian merangkumi bekalan makanan serta perubatan menerusi pesawat pengangkut A400m.

Hishammuddin, yang baharu pulang dari lawatan ke tiga negara Asia Barat semalam berkata bantuan fasa kedua itu bakal melibatkan penghantaran pasukan perubatan hadapan Angkatan Tentera Malaysia, peralatan menyediakan air bersih dan pasukan Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat).

"Mereka (Filipina) maklumkan mereka memerlukan air dan perubatan dan pada masa sama kita juga akan hantar pasukan Kagat supaya, pelarian dari Marawi itu tidak berada dalam keadaan terdesak dan susah.

Kita khuatir dalam keadaan itu mereka (pelarian) mudah dipengaruhi oleh kumpulan militan sebab itu kita kena memenangi hati dan pemikiran dengan mendekati mereka," kata beliau selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kulai di Dewan Raya Bandar Putra di sini hari ini.

Hishammuddin, yang juga Menteri Tugas-tugas Khas itu berkata usaha itu diambil bagi membendung situasi di Marawi daripada merebak ke sempadan negara.

Katanya, pengumuman kumpulan militan itu mengenai wilayah Islamiah yang mahu diwujudkan adalah merangkumi Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Jepun itu, juga tidak boleh dipandang ringan.

Justeru itu, hasil lawatannya ke Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Saudi Arabia itu turut memudahkan perkongsian maklumat terutama usaha mereka yang berjaya menangani ancaman Daish di negara mereka.

"Kunjungan saya berkisar kepada isu pertahanan dan keselamatan dan satu perkara saya beri tumpuan adalah berhubung ancaman Daesh. Jadi, kita belajar dan ambil iktibar supaya apa yang mereka lalui tidak menimpa kita di sini," kata beliau.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bantuan kepada Filipina bukti komitmen tangani ancaman Daish bersama

Sekianlah artikel Bantuan kepada Filipina bukti komitmen tangani ancaman Daish bersama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bantuan kepada Filipina bukti komitmen tangani ancaman Daish bersama dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bantuan-kepada-filipina-bukti-komitmen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :