Bayi wartawan Sinar Harian maut dipercayai tersedak susu

Bayi wartawan Sinar Harian maut dipercayai tersedak susu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bayi wartawan Sinar Harian maut dipercayai tersedak susu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bayi wartawan Sinar Harian maut dipercayai tersedak susu
link : Bayi wartawan Sinar Harian maut dipercayai tersedak susu

Baca juga


Bayi wartawan Sinar Harian maut dipercayai tersedak susu

SHAH ALAM: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan yang juga anak kepada wartawan akhbar Sinar Harian, meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumah pengasuhnya di Seksyen 19, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari, Aira Amira Nurul Ridhuan yang merupakan cahaya mata sulung pasangan wartawan Sinar Harian, Nurul Ridhuan Nor Ashaha, 32, dan Norhafiza Che Abdullah, 27, dikatakan tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh pengasuhnya.

Menurut Nurul Ridhuan, sebelum kejadian, anak perempuannya itu tidur di dalam buaian selepas diberikan susu oleh pengasuh.

"Kira-kira pukul 9 pagi tadi saya hantar anak ke rumah pengasuh, namun pada pukul 1.30 tengah hari, pengasuh menghubungi saya dan memaklumkan anak saya tidak sedarkan diri sebelum pengasuh membawa Aira ke klinik berdekatan dan pihak klinik kemudian menghantar Aira ke Hospital Shah Alam (HSA).

"Doktor hospital kemudiannya mengesahkan anak saya telah pun meninggal dunia kira-kira pukul 3.10 petang," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Nurul Ridhuan berkata pihak hospital akan melakukan bedah siasat ke atas mayat anaknya malam ini sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya di Felda Besout, Sungkai, Perak untuk dikebumikan.

Beliau mengakui masih di dalam keadaan terkejut dan sedih dengan kejadian itu, namun tetap reda dengan pemergian anak sulungnya.

"Saya baru mula bekerja hari ini selepas bercuti seminggu menyambut hari raya bersama keluarga di kampung," katanya dalam keadaan sebak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat ketika dihubungi Bernama mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 3.35 petang daripada pihak hospital.

"Buat masa ini, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian dan sebarang tindakan susulan bergantung kepada laporan bedah siasat itu," katanya.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bayi wartawan Sinar Harian maut dipercayai tersedak susu

Sekianlah artikel Bayi wartawan Sinar Harian maut dipercayai tersedak susu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bayi wartawan Sinar Harian maut dipercayai tersedak susu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bayi-wartawan-sinar-harian-maut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :