Bekas Adun Tupong meninggal dunia

Bekas Adun Tupong meninggal dunia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Adun Tupong meninggal dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Adun Tupong meninggal dunia
link : Bekas Adun Tupong meninggal dunia

Baca juga


Bekas Adun Tupong meninggal dunia

KUCHING: Bekas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Datuk Daud Abdul Rahman meninggal dunia di Pusat Perubatan Timberland (TMC) petang ini.

Beliau berusia 66 tahun.

Anak beliau, Siti Masitah, 34, berkata bapanya meninggal dunia pada 4.10 petang akibat komplikasi jantung selepas dimasukkan ke TMC sejak Rabu.

"Ayah mengadu sakit di bahagian perut sejak Raya pertama (pada Ahad) sebelum ke TMC pada Rabu.

"Kira-kira 2.30 petang tadi, ayah nazak sebelum disahkan doktor meninggal dunia," katanya ketika ditemui di kediaman mereka di sini, hari ini.

Daud berkhidmat sebagai ADUN Tupong selama lima penggal sejak 1991 sebelum mengundur diri dan tidak bertanding pada pilihan raya negeri 2016.

Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Noraini Hussin,64, seorang anak lelaki berusia 37 tahun serta dua anak perempuan berusia 31 dan 34.

Jenazahnya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang esok.

--BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bekas Adun Tupong meninggal dunia

Sekianlah artikel Bekas Adun Tupong meninggal dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Adun Tupong meninggal dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bekas-adun-tupong-meninggal-dunia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :