link : Bekas CEO FIC Hadir Beri Keterangan Kepada SPRM
Bekas CEO FIC Hadir Beri Keterangan Kepada SPRM
PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation (FIC) Mohd Zaid Abdul Jalil hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian hotel di Kuching, Sarawak.
Beliau tiba di ibu pejabat SPRM di sini pada 9.30 pagi dan dipercayai memberikan keterangan kepada SPRM setelah dipanggil suruhanjaya itu untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Pemerhatian warga media yang menunggu di depan ibu pejabat SPRM itu mendapati Mohd Zaid masih berada di dalam bangunan setakat 7 malam ini.
Sehingga kini, tiga individu termasuk dua pengarah syarikat telah direman membabitkan kes itu pada minggu lalu.
Kertas siasatan berhubung pembelian hotel di Kuching dibuka susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat SPRM ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di Kensington, London oleh FIC sebelum ini. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Bekas CEO FIC Hadir Beri Keterangan Kepada SPRM
Anda sekarang membaca artikel Bekas CEO FIC Hadir Beri Keterangan Kepada SPRM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bekas-ceo-fic-hadir-beri-keterangan.html