Bekas Polis Tawar Khidmat Tangani Jenayah, Dadah

Bekas Polis Tawar Khidmat Tangani Jenayah, Dadah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Polis Tawar Khidmat Tangani Jenayah, Dadah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Polis Tawar Khidmat Tangani Jenayah, Dadah
link : Bekas Polis Tawar Khidmat Tangani Jenayah, Dadah

Baca juga


Bekas Polis Tawar Khidmat Tangani Jenayah, Dadah

BESUT – Anggota dan pegawai polis yang pernah berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menawarkan khidmat sukarela dalam membantu menangani masalah jenayah termasuk penyalahgunaan dadah di kalangan rakyat negara ini.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia Hussin Awang Ngah berkata persatuan itu yang dianggotai lebih 140,000 bekas anggota polis mempunyai kemahiran dan berpengalaman dalam bidang tersebut mampu membantu sekiranya diberi peluang berbuat demikian.

Katanya khidmat itu termasuk memberi ceramah kesedaran bagi mendekati masyarakat khususnya golongan remaja termasuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi membina jati diri dan semangat patriotik mereka kepada negara.

Beliau berkata demikian kepada Bernama dalam temuramah khas bersempena pelantikannya sebagai Presiden PBPM yang baharu bagi menggantikan Prof Datuk Dr Hassan Yusoff, berkuat kuasa semalam.

Menurut Hussin pihaknya juga bersedia menjadi rujukan pasukan PDRM dalam usaha memantapkan lagi pasukan keselamatan itu menerusi anggota persatuannya yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang kepolisan.

Sebagai usaha membantu kalangan bekas polis pula, beliau berkata langkah akan diambil bagi mempertingkatkan taraf hidup bekas anggota polis termasuk anggota-anggota Pasukan Kawalan tempatan (Home Guard) dan Konstabel Khas (SC) yang berkhidmat di zaman komunis bermula pada tahun 1950.

“Untuk itu saya akan berjumpa dengan pihak yang berkenaan supaya golongan ini diberikan pembelaan kerana sanggup berkorban nyawa untuk keamanan negara pada satu ketika dahulu”, katanya.

Katanya PBPM juga akan terus berusaha membela anggota persatuan itu menerusi pelbagai faedah termasuk pembinaan Wisma PBPM dan kuota haji khas untuk bekas anggota polis.

“Satu kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara berkaitan pembinaan wisma itu akan diadakan minggu depan dan satu pertemuan bersama Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim juga akan diadakan bagi membincangkan mengenai kuota itu,” katanya.

Sehubungan itu, Hussin yang juga Pengerusi PBPM Cawangan Terengganu, meminta kira-kira 15,000 hingga 20,000 bekas anggota polis yang masih belum menyertai PBPM supaya berbuat demikian. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bekas Polis Tawar Khidmat Tangani Jenayah, Dadah

Sekianlah artikel Bekas Polis Tawar Khidmat Tangani Jenayah, Dadah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Polis Tawar Khidmat Tangani Jenayah, Dadah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bekas-polis-tawar-khidmat-tangani.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :