link : Bekas Suami Erra Semakin Terbuka Kongsi Hal Cinta?
Bekas Suami Erra Semakin Terbuka Kongsi Hal Cinta?
SEBELUM ini heboh diperkatakan apabila bekas suami Erra Fazira, Engku Emran yang dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan pelakon Indonesia, Laudya Cinta Bella.
Adakah ini petanda yang Engku Emran sudah semakin terbuka berkongsikan kisah cintanya kepada umum, ini kerana baru-baru ini dia ada memuat naik sebuah video dengan kapsyen ‘mind blowing’ yang memperlihatkan seorang lelaki sedang menggunting sehelai kertas hitam yang pada akhirnya membentuk imej seorang wanita.
Hasil seni itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang mengandaikan ia mirip wajah Laudya.
Engku Emran turut ‘tag’ nama Laudya menerusi satu posting di Instagramnya (IG).
Aktres seberang itu turut memuat naik video yang sama di IG Story-nya menunjukkan aktiviti yang dihadirinya bersama-sama Engku Emran.
Mungkinkah sudah ada bau-bau nasi di antara kedua-duanya?
Kita tunggu dan doakan sahaja hubungan mereka ya!
Engku Emran sebelum ini berkahwin dengan Erra pada 25 Oktober 2007 dan bercerai tujuh tahun kemudiannya.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia lapan tahun. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Bekas Suami Erra Semakin Terbuka Kongsi Hal Cinta?
Anda sekarang membaca artikel Bekas Suami Erra Semakin Terbuka Kongsi Hal Cinta? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bekas-suami-erra-semakin-terbuka-kongsi.html