Bekas TKP JPJ Tukar Pengakuan Tak Bersalah

Bekas TKP JPJ Tukar Pengakuan Tak Bersalah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas TKP JPJ Tukar Pengakuan Tak Bersalah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas TKP JPJ Tukar Pengakuan Tak Bersalah
link : Bekas TKP JPJ Tukar Pengakuan Tak Bersalah

Baca juga


Bekas TKP JPJ Tukar Pengakuan Tak Bersalah

PUTRAJAYA – Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan memandu di lorong kecemasan, tahun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, Yusoff, 58, yang hadir kira-kira jam 8.30 pagi didakwa memandu di lorong kecemasan di dalam kereta bernombor plat BLY 68 di Lingkaran Putrajaya, Kawasan Pentadbiran Nero Selangor pukul 6.27 petang, pada 7 Oktober 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 119 (1) (c) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzat Fauzan manakala Yusoff selaku orang kena saman (OKS) diwakili peguam Datuk Baljit Singh Sidhu.

Pada 18 Julai lalu, Yusoff yang kini bertugas di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) didenda RM600 oleh mahkamah sama selepas pegawai khasnya hadir bagi pihaknya sejurus mengaku bersalah atas pertuduhan sama.

Pada 21 Julai lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ab Karim Ab Rahman bagaimanapun mengarahkan Yusoff didakwa semula, dalam satu permohonan semakan semula kes terbabit.

Ini berikutan Yusoff perlu menjawab sendiri pertuduhan yang dikenakan terhadapnya bukan menggunakan wakil seperti sebelum ini.

Justeru Ab Karim yang menjalankan kuasa semakannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman majistret terdahulu memerintahkan kes itu dikembalikan semula ke Mahkamah Majistret untuk dibicarakan di hadapan Majistret lain.

Majistret Syahrul Sazly Md Sain menetapkan 21 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan keputusan representasi.

Sementara itu, di luar mahkamah Baljit memberitahu, anak guamnya mengaku bersalah dalam prosiding lalu berikutan tidak diwakili peguam. -BH Online

* Visual bawah sekadar hiasan mengenai kes penggunaan lorong kecemasan

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bekas TKP JPJ Tukar Pengakuan Tak Bersalah

Sekianlah artikel Bekas TKP JPJ Tukar Pengakuan Tak Bersalah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas TKP JPJ Tukar Pengakuan Tak Bersalah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bekas-tkp-jpj-tukar-pengakuan-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :