link : Beli Rumah Mewah, SongSong Couple Bakal Berjiran Dengan Rain
Beli Rumah Mewah, SongSong Couple Bakal Berjiran Dengan Rain
Selepas pengumuman mereka akan berkahwin, terbaru pasangan romantis Song Joong Ki dan bakal isterinya Song Hye Kyo dilaporkan bakal berjiran dengan pasangan sensasi Rain dan Kim Tae Hee.
Joong Ki khabarnya telah membeli sebuah kediaman mewah bernilai ₩10 billion KRW (kira-kira USD 8.7juta ) sekitar Januari lalu. Kediaman dua tingkat itu terletak di kawasan elite di Itaewon.
Dipercayai kediaman Rain dan Kim Tae Hee juga terletak di kawasan kejiranan sama dengan pasangan yang cukup popular dengan jolokan ‘SongSong Couple’ ini. Kediaman Rain dan Tae Hee yang bernilai ₩5 billion KRW (USD4.5 juta). Pasangan suami isteri itu berkahwin pada 19 January lalu selepas lima tahun bercinta.
..
Sekaligus, kediaman milik dua pasangan selebriti ini dikatakan merupakan paling eksklusif dan paling mewah di antara kejiranan elite di Korea.
Terdahulu, pada 5 Julai lalu, Song Joong Ki, 31, dan Song Hye Kyo, 35, menerusi wakil agensi mereka membuat pengumuman akan berkahwin pada 31 Oktober depan. Pengumuman mengejut itu sekaligus menamatkan gosip hubungan mereka yang dikatakan terjalin sejak setahun lalu.
#SongSongCoupleIsReal
‘SongSong Couple’ menjadi tumpuan umum sejak mereka digandingkan dalam drama fenomena Decendents of The Sun (DOTS) namun ketika itu tiada sebarang kenyataan daripada kedua-dua pihak berhubung gosip hubungan asmara mereka.
..
Ramai pihak suka melihat keserasian mereka bukan saja di dalam drama malah rata-rata mengharapkan hubungan cinta mereka juga terjalin di dunia realiti.
Meskipun tidak pernah membuat sebarang kenyataan, namun selama ini Joong Ki dan Hye Kyo tidak pernah menyembunyikan kemesraan mereka setiap kali tampil berdua di khalayak. Misalnya, di acara-acara hiburan di Korea, mereka sering dilihat seperti pasangan bercinta sebenar. Keduanya juga saling memuji bakat lakonan dan saling mengagumi.
Selain, beberapa kali pasangan ini disedari mempunyai persamaan seperti memakai aksesori gelang yang sama.
..
Pada Januari lalu, mereka dikatakan pergi bercuti di Tokyo, Jepun. Terbaru, pada awal bulan ini, mereka dikatakan diam-diam pergi bercuti di Bali, Indonesia.
Sementara itu, menurut rakan paling rapat dengan pasangan ini, Joong Ki dan Hye Kyo sebenarnya sudah menjalinkan hubungan cinta sebelum penggambaran DOTS iaitu sekitar Februari 2015 dan DOTS pula memulakan penggambaran beberapa bulan selepas itu.
Menurut sumber itu lagi, Joong Ki pernah membuat kejutan apabila tiba-tiba muncul di lokasi di mana Hye Kyo sedang menjalani satu sesi fotografi namun ketika itu tiada siapa menyedari aktor kegilaan ramai ini sebenar datang menjenguk buah hatinya.
..
Satu laporan media menyebut, Song Hye Kyo dalam usaha menjual kondominium miliknya yang terletak di Manhattan, New York sejak April 2016. Sekaligus memberi bayangan bahwa aktres jelita ini seperti sudah bersedia menjalani hidup bersama Joong Ki.
The post Beli Rumah Mewah, SongSong Couple Bakal Berjiran Dengan Rain appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Beli Rumah Mewah, SongSong Couple Bakal Berjiran Dengan Rain
Anda sekarang membaca artikel Beli Rumah Mewah, SongSong Couple Bakal Berjiran Dengan Rain dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/beli-rumah-mewah-songsong-couple-bakal.html