Benci Internship

Benci Internship - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Benci Internship, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Benci Internship
link : Benci Internship

Baca juga


Benci Internship

Benci Internship

Assalam wbt.

Nama aku bridegodzilla (sape percaya aku bagi duit raya). Aku pelajar uia, sekarang tengah internship di sebuah jabatan kerajaan. Ya, seperti tajuk yang tertera, aku benci internship. Kenapa? Begini ceritanya. Aku ni tak lama lagi dah nak kawin. Tempoh menunggu ijab dan kabul ni azab betul la aku rasa, Tambah lagi aku kena intern sekarang ni. Macam-macam hal. Aku letak no la supaya korang senang nak faham.

1) Aku intern di agensi kerajaan. Tapi kerajaan ke, swasta ke sama je aku rasa, yang membezakan ialah orang yang berada diagensi tersebut. Hari first aku masuk intern, nampak macam okay. Then 2,3 hari lepas tu aku diletakkan di bahagian lain. Start masa ni la, gangguan bermula. Majoriti pekerja disini dah kawin, dah beranak pinak, dah jadi datuk orang nenek orang pun ada ku rasa. Aku tak tahu nak cakap gangguan yang macam mana, cumanya kaum lelaki disini suka bergurau bab sensitif, hal dalam kain, rumah tangga. Miang tak bertempat. Dan aku dijadikan bahan gurauan. Padahal ada lagi budak intern lain kat sini, tapi aku yang jadi mangsa. First aku kenalkan diri aku student uia, diorang macam expect aku muslimah islamik, solehah, calon isteri lah. Ketahuilah bahawa yang belajar kat uia tu tak semua datang dr sekolah agama. To be fair, Uia bukan tempat orang suci, tp tempat suci yang mana ramai pendosa mencari arah dan jalan ketenangan. Termasuk aku.

2) Kaum lelaki suka datang di cubical aku untuk borak-borak benda tak penting. Aku cuba mengelak, banyak kali. Tapi kau tahu kan bila orang pandang kita dengan pandangan yang lain macam? Aku sangat tak selesa. Aku banyak kali tegaskan bahawa aku tunang orang dan aku dah nak kawin. Aku tak faham something. Bila aku cakap macam ni, ada suara-suara yang berbunyi oii melepas la oi, jadi no 2 la etc. Semurah tu ke kau pandang wanita? Barang dagangan? budak intern U lain diorg x de pulak nak gurau camni. nak kata aku lawa, aku rasa tak. aku tengok muka aku, macam kuih cakoi jugak. Pakaian? Aku pakai biasa je la macam orang lain, pakai lawa-lawa bukan kau nk p london fashion week.

3)Aku dah slow talk dgn sv aku. Entah. Agensi kerajaan ni, bukan nak kata, pegawai dia pun banyak kerja. Jadi mungkin hal aku ni tak serius, tak kena cabul atau bunuh lagi, ok la kut. lagipun tak lama, 3 bulan je. Crying inside je mampu. Mungkin korang kata, alah, biasalah intern, gurau-gurau, kenangan kot. Nnti masuk alam keje lagi teruk kena. Guys, memang ini ke yang kita nak hadap dalam alam kerja? No wonder banyak kes cerai, kes curang, kes pengabaian rumah tangga etc. Sebab korang anggap bergurau pasal ni is nothing serious. Kes cerai weh bukan dalam kalangan orang muda, tapi mak orang bapak orang yang dah ada anak 5 6 orang. Sebab apa? Sebab tergoda dengan panggilan sayang manja intan payung oleh rakan seopis. Rumahtangga yang dah 20 tahun langsung takde nilai. Benda simple, tapi penuh racun.

4) Konflik dengan bos. Bapak aku orang kenal. Masa aku mula-mula masuk sini, bos sini dah kenal bapak aku sape. Bapak aku bukan ahli politik pun, bukan businessman pun. Tapi bapak aku ramai orang kenal. Pernah aku kena marah pasal apa tah. Tapi aku anggap benda tu learning process. Tapi setiap kali aku masuk keje dan bila bos jeling kau mcm kau dah rogol anak dia, apa kau rasa? Dia pernah tanya apa pernah aku buat dekat universiti, aku cakap la aku terlibat dalam bla bla bla, tak pasal-pasal pulak aku dicop sombong dan bongkak. Baik aku takyah cerita. Dia bidas aku balik kata dia lagi hebat pernah semeja dengan orang sekian-sekian. Masa tu aku tahan je, kalau ikut hati aku tumbuk dia. Pulak sombong, dengan pekerja ada je yang tak kena, sibuk kejar KPI, yang merana, orang bawahan. Boleh tak aku santau dia?

5) Benda ni buat aku risau. Aku terfikir these people, mak ayah orang, do they cheat on their wives and husbands? Tak kesian ke anak2? Kenapa buat macam ni? Aku tak kata aku baik. Syurga tu jauh lagi dengan aku weh. Tapi aku ni jenis yang sangat menghargai orang dan perhubungan. barang rosak aku tak buang dulu, aku repair. Kalaulah semua orang fikir macam apa yang aku fikir, aku rasa kes-kes kecurangan ni tak berlaku atau dapat dielakkan. nauzubillahiminzalik.. sedih aku.

6) Victim blaming. Ni punca orang-orang yang kena sexual harrassment atau apa-apa jenis harrassment la takut nak mengadu atau bercerita. suara lembut sangat kot, pakai lawa-lawa sangat kot, and many more. Tiada istilah osem gojes dalam penampilan aku. biasa saja. Aku pakai kemas sebab aku berhadapan dengan orang. Orang gila je pergi kerja pakai swimming suit nampak segala lurah tu. Jadi serba salah kau nak bagitau masalah kau dekat orang.

7) Tolonglah doakan aku mampu lalui lagi 2 bulan ni. Lantak la nak kata aku manja ke apa. Dunia ni dah pelik sekarang macam-macam hal. Sumpah rindu Uia. Sampai mimpi-mimpi weh dekat Uia. Tuhan, Kuatkanlah kami, jagalah kami, ampuni dosa-dosa kami, peliharalah kami, lindungi kami, berikanlah bantuan dan kemudahan dalam urusan kami. Jadi risau pulak aku nak kawin tengok perangai yang tua-tua ni. Tolong doakan urusan pernikahan aku dimudahkan dan diberkati.

8) Wahai UIA, terima kasih. Hanya disana aku rasa tenang. Aku rindu.

bridegodzilla

Sumber & Kredit: iiumc

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Benci Internship

Sekianlah artikel Benci Internship kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Benci Internship dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/benci-internship.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :