Berani guna gambar anak orang lain untuk raih simpati dan kutip derma, Azman Pengemis Siber buat hal lagi

Berani guna gambar anak orang lain untuk raih simpati dan kutip derma, Azman Pengemis Siber buat hal lagi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berani guna gambar anak orang lain untuk raih simpati dan kutip derma, Azman Pengemis Siber buat hal lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berani guna gambar anak orang lain untuk raih simpati dan kutip derma, Azman Pengemis Siber buat hal lagi
link : Berani guna gambar anak orang lain untuk raih simpati dan kutip derma, Azman Pengemis Siber buat hal lagi

Baca juga


Berani guna gambar anak orang lain untuk raih simpati dan kutip derma, Azman Pengemis Siber buat hal lagi

 Selepas laman sosial Facebook palsu yang dikendalikan ‘Azman Pengemis Siber‘ disekat oleh pentadbirnya, lelaki itu yang tidak serik-serik dengan perbuatan tersebut tidak menunggu lama untuk membuka akaun palsu baharu bagi memperdaya orang ramai.

Berani guna gambar anak orang lain untuk raih simpati dan kutip derma, Azman Pengemis Siber buat hal lagi

Berani guna gambar anak orang lain untuk raih simpati dan kutip derma, Azman Pengemis Siber buat hal lagi

Mangsa, Asmah Jamien, 43, mendedahkan mengenai perkara itu kepada mStar Online dan berharap agar pihak polis segera mengambil tindakan terhadap individu tersebut.

“Tak mungkin semua ‘anak’ dia sakit kronik, berani pula tu guna gambar anak orang lain untuk kutip derma dengan menggunakan modal ayat sedih untuk meraih simpati orang ramai.

“Sampai bila nak biarkan dia terus menipu? Sebelum ini, Azman Abdullah itu guna nama dan gambar anak saya untuk kutip derma sebanyak RM500,000, walhal kos perubatan anak saya ditanggung Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Kata Asmah, Azman meletakkan nombor akaun bank yang sama pada semua entri yang ditulisnya di kedua-dua laman facebook palsu berkenaan.

Taktik terbaharunya, Azman dikesan menggunakan akaun Facebook, Harian Metro Online My untuk mengutip derma sebanyak RM75,000 ke atas kanak-kanak bernama Dhia Aisha Azman yang mengalami kerosakan hati dan jantung.

Posting dimuat naik oleh pengendali laman Facebook Harian Metro Online MY yang palsu.


Gambar kanak-kanak, Dhia Aisya yang dipergunakan oleh Azman untuk mengutip derma melalui Facebook.

Akaun palsu tersebut yang dipercayai baru didaftarkan pada Selasa sudah mempunyai 162 pengikut, namun entri mengenai adik Dhia Aisha sudah menerima 5,900 tanda suka, 1,823 perkongsian dan 707 komen.

Terdahulu, Azman menggunakan akaun Sinar Harian Online palsu untuk mengutip derma ke atas beberapa orang kanak-kanak, namun akaun tersebut dipercayai sudah disekat selepas taktik jahatnya itu terbongkar.

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan sindiket mengutip derma melalui laman sosial dan melaporkan akaun yang mencurigakan kepada pihak Facebook.

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Berani guna gambar anak orang lain untuk raih simpati dan kutip derma, Azman Pengemis Siber buat hal lagi

Sekianlah artikel Berani guna gambar anak orang lain untuk raih simpati dan kutip derma, Azman Pengemis Siber buat hal lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Berani guna gambar anak orang lain untuk raih simpati dan kutip derma, Azman Pengemis Siber buat hal lagi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/berani-guna-gambar-anak-orang-lain.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :