Berilah pelakon lain bukan Fattah

Berilah pelakon lain bukan Fattah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berilah pelakon lain bukan Fattah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berilah pelakon lain bukan Fattah
link : Berilah pelakon lain bukan Fattah

Baca juga


Berilah pelakon lain bukan Fattah

PEMINAT bintang Korea Selatan Gong Yoo mewujudkan petisyen bantahan terhadap produksi Cube Film Sdn Bhd bagi mengambil pelakon Fattah Amin sebagai watak hero menerusi drama ‘remake’ Coffee Prince versi Melayu.

Petisyen itu dibuat menerusi laman web Gopetition antara lain menyebut pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu tidak layak memegang watak utama.

“Kami mewakili rakyat Malaysia dan penyokong filem serta drama tempatan ingin membantah Cube Film Sdn Bhd daripada mengambil Fattah Amin berlakon drama ‘remake’ Coffee Prince.

“Sila beri watak utama kepada pelakon lelaki selain Fattah Amin. Kami tiada masalah dengan Janna Nick, kami hanya tidak mahu Fattah Amin melakonkan watak Gong Yoo,” tulis pendendali petisyen terbabit.

Ketua Saluran Melayu Astro Raqim Ahmad ketika dihubungi berkata pihak Astro masih lagi berbincang mengenai pemilihan watak dalam drama itu.

“Sama seperti drama bersiri lain, kami cuba sebaik mungkin untuk memberikan watak kepada aktor paling layak. Tetapi ia juga bergantung pada kekosongan masa aktor itu dan jika mereka bersetuju dengan peranan yang diberi.

“Kami mempertimbangkan nama yang dicadangkan untuk semua drama bersiri dan akan memastikan semua watak yang dipilih mendapat penerimaan yang baik daripada penonton,” katanya.

Raqim juga berharap peminat lebih terbuka dan memberikan peluang yang adil untuk pelakon membuktikan bakat mereka.

Sementara itu pengarah Michael Ang ketika dihubungi enggan memberikan sebarang kenyataan namun mengesahkan Janna Nick antara barisan pelakon drama itu.

Terdahulu bantahan terhadap Fattah mulai hangat diperkatakan selepas timbul ura-ura mengatakan pelakon itu bakal muncul dalam drama pembikinan semula itu.

Sejak itu banyak pengguna laman sosial terutama peminat drama Korea Selatan meluahkan rasa kurang selain berasa muak dan bosan dengan lakonan pelakon itu.

Tidak kurang juga mengatakan lakonan Fattah masih ‘kayu’ dan tidak layak untuk melakonkan watak Choi Han-Gyul yang menjadi pujaan ramai itu.

Malah peminat drama bersiri itu turut mencadangkan beberapa nama lain bagi melakonkan watak hero antaranya Alvin Chong dan bekas peserta Mister National Universe Malaysia 2017, Nigelvan Daniel.

Coffee Prince mula ditayangkan pada 2007 adalah antara drama Korea Selatan yang popular di Malaysia.

The post Berilah pelakon lain bukan Fattah appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Berilah pelakon lain bukan Fattah

Sekianlah artikel Berilah pelakon lain bukan Fattah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Berilah pelakon lain bukan Fattah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/berilah-pelakon-lain-bukan-fattah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :