link : Bermoyang Orang Asli
Bermoyang Orang Asli
Kuala Lumpur: Sekumpulan penyelidik dan pakar pelbagai bidang mendapati bangsa Melayu memang asal usulnya hasil evolusi Orang Asli, sekali gus menolak teori migrasi dari Yunnan atau wilayah selatan China yang lebih popular dan diterima umum selama ini.
Dapatan itu dimuatkan dalam buku bertajuk Asal Usul Melayu Induknya di Benua Sunda dihasilkan tiga penyelidik membabitkan Zaharah Sulaiman, Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, dilancarkan di ibu negara, baru-baru ini.
Zaharah dalam kesimpulan ringkas dibuatnya merumuskan, manusia kuno pertama yang mendarat di Segenting Kra adalah Semang dan Senoi.
Menurutnya, hasil evolusi Orang Asli ini iaitu kumpulan Haplo (kumpulan moyang) terbahagi pula kepada beberapa yang lain seperti Jahai, Lanoh, Temiar dan Mendrik, seterusnya kepada keluarga lebih besar seperti Jakun, Kanaq, Seletar, Orang Laut dan suku lain, sering disebut sebagai Proto Melayu oleh pakar genetik barat.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Bermoyang Orang Asli
Anda sekarang membaca artikel Bermoyang Orang Asli dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bermoyang-orang-asli.html