Berpolitiklah Dengan Hujah & Fakta – Salleh

Berpolitiklah Dengan Hujah & Fakta – Salleh - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berpolitiklah Dengan Hujah & Fakta – Salleh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berpolitiklah Dengan Hujah & Fakta – Salleh
link : Berpolitiklah Dengan Hujah & Fakta – Salleh

Baca juga


Berpolitiklah Dengan Hujah & Fakta – Salleh

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen perlu mempunyai dan menunjukkan kebijaksanaan ketika menyampaikan hujah dan pandangan di dalam Dewan Rakyat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata debat politik di Parlimen adalah untuk menggubal, mempertahan, dan meminda peraturan-peraturan bagi mengatur kehidupan bernegara.

“Bagi anggota Parlimen yang berkualiti, mereka menyampaikan hujah dengan tenang dan berfakta.

“Bagi yang kurang berkualiti, mereka bukan sahaja tidak mempunyai fakta yang baik, tetapi sekadar mempunyai maklumat cakap dengar yang penuh andaian,” katanya menerusi catatan di laman rasmi blog beliau hari ini bertajuk “Berpolitiklah dengan hujah dan fakta”.

Salleh berkata berikutan kekurangan kualiti dalam diri anggota Parlimen itu menyebabkan individu berkenaan cuba menarik perhatian apabila berhujah menggunakan maklumat yang tidak kemas hingga cara percakapan sesetengah mereka adalah sama seperti orang menjerit dan menempik.

“Perlakuan sebeginilah yang menyebabkan Dewan jadi tegang dan kecoh. Di luar negara, kekecohan sebegini kadang kala berakhir dengan tindakan melempar kasut, bergaduh dan bertumbuk,” katanya.

Sehubungan itu Salleh berharap agar anggota Parlimen dapat menyampaikan hujah dengan tenang supaya Dewan Rakyat tidak dilihat seperti pasar ikan.

“Jadi, marilah kita lakukannya secara bersama biarpun mempunyai pandangan berlainan demi kebaikan rakyat dan negara,” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Berpolitiklah Dengan Hujah & Fakta – Salleh

Sekianlah artikel Berpolitiklah Dengan Hujah & Fakta – Salleh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Berpolitiklah Dengan Hujah & Fakta – Salleh dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/berpolitiklah-dengan-hujah-fakta-salleh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :