link : Bersihkan Betul-Betul, Buang Tali Yang Melekat Dengan Isi Kupang, Takut Nanti Tanpa Sedar Termakan Sekali
Bersihkan Betul-Betul, Buang Tali Yang Melekat Dengan Isi Kupang, Takut Nanti Tanpa Sedar Termakan Sekali
Buat makanan laut seperti ikan, udang atau ketam, cara penyediaan dan membersihkannya tidaklah begitu sukar, tapi bagi yang bercangkerang, macam kerang, atau kupang, ada cara tersendiri untuk dibersihkan.
BACA: 10 Petua Bersihkan Kerang Dengan Cara Mudah, Hilangkan Kotoran Pada Bahagian Cengkerang
Lebih-lebih lagi kupang, yang mana hidup dengan berpaut pada sesuatu, seperti tali.
Kalau tidak dibasuh dengan betul, tali tersebut mungkin akan terlekat sekali bersama isi kupang. Jadi, menerusi perkongsian dari Norhanim Ahmad Rafaai ini, ada baiknya memakan masa lebih sikit dalam mencuci kupang ini.
Supaya nanti, tidak termakan sekali tali yang ada.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Jangan makan kupang jika.....
Masa syok menyiang kupang ni, tiba-tiba terpanggil nk share something.... Kepada penggemar seafood yang suka makan kupang, korang pernah x sakit² perut lepas mkn kupang di kedai atau di rumah?? Anda tahu x sebabnya apa? Mungkin ada yang berfikir anda ada alahan makanan laut kann??
Kalau nak tahu, kupang berpaut pada tali semasa proses pembenihan. Bila kupang dah matang, penternak akan cabut kupang tersebut dari tali atau mengguntingnya terus.. Jadi, tali tersebut masih melekat pada kupang...
Lagi senang kalau masak sendiri dirumah, kita boleh cabut dulu tali tersebut kemudian baru cuci bersih-bersih. Kalau kita beli kupang segar yg masih hidup, ia akan dalam keadaan tertutup semasa kita nak mencabutnya.
Akan ada beberapa yang kita x jumpa tali, mungkin dah tercabut atau tersorok didalam. Kena sentiasa ingat la yee.
«« Gigih menaip ayat baku smbil makan kupang 😝
<< Sekadar perkongsian, sila share jika bermanfaat >>
Ikhlas _ Norhanim Ahmad Rafaai
- Siakap Keli
Demikianlah Artikel Bersihkan Betul-Betul, Buang Tali Yang Melekat Dengan Isi Kupang, Takut Nanti Tanpa Sedar Termakan Sekali
Anda sekarang membaca artikel Bersihkan Betul-Betul, Buang Tali Yang Melekat Dengan Isi Kupang, Takut Nanti Tanpa Sedar Termakan Sekali dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bersihkan-betul-betul-buang-tali-yang.html