link : Bertha Badak Air Tertua Di Dunia Mati Pada Usia 65 Tahun Kerana Pelbagai Kegagalan Organ
Bertha Badak Air Tertua Di Dunia Mati Pada Usia 65 Tahun Kerana Pelbagai Kegagalan Organ
MANILA Bertha, dipercayai badak air tertua di dunia akhirnya mati pada usia 65 tahun di sebuah zoo tempatan di sini lapor Metro Online.
Menurut pihak berkuasa Zoo Manila, haiwan betina seberat 2.5 tan itu ditemui mati di dalam kurungannya Jumaat lalu dan bedah siasat merumuskan, penghuni tertua zoo berkenaan mati kerana pelbagai kegagalan organ.
Bertha ialah antara haiwan perintis di sini. Temannya mati pada 1980-an dan pasangan itu gagal memperoleh anak, kata pengarah zoo, James Dichaves.
Dia tiba di zoo di Manila itu pada 1959, tahun zoo berkenaan mula dibuka.
Menurut Dichaves, pihaknya bagaimanapun kehilangan rekod mengenai negara asal Bertha.
Dengan diberi makan rumput, buah-buahan dan roti dalam kandang seluas 1,000 meter persegi, usia Bertha menjangkau jangka hayat badak yang biasanya hidup antara 40 dan 50 tahun.-Pen Merah Press.
VIDEO:
Sumber: penmerahpress
Demikianlah Artikel Bertha Badak Air Tertua Di Dunia Mati Pada Usia 65 Tahun Kerana Pelbagai Kegagalan Organ
Anda sekarang membaca artikel Bertha Badak Air Tertua Di Dunia Mati Pada Usia 65 Tahun Kerana Pelbagai Kegagalan Organ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bertha-badak-air-tertua-di-dunia-mati_11.html