BETUL SOKONG 100% Tu!!!!! PAS PERSOAL ROS ARAH DAP SELEPAS 4 TAHUN

BETUL SOKONG 100% Tu!!!!! PAS PERSOAL ROS ARAH DAP SELEPAS 4 TAHUN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BETUL SOKONG 100% Tu!!!!! PAS PERSOAL ROS ARAH DAP SELEPAS 4 TAHUN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BETUL SOKONG 100% Tu!!!!! PAS PERSOAL ROS ARAH DAP SELEPAS 4 TAHUN
link : BETUL SOKONG 100% Tu!!!!! PAS PERSOAL ROS ARAH DAP SELEPAS 4 TAHUN

Baca juga


BETUL SOKONG 100% Tu!!!!! PAS PERSOAL ROS ARAH DAP SELEPAS 4 TAHUN

Kenapa jadi begitu lama sekali...selepas 4 tahun baru kata salah...Adakah ROS ini saja nak burukkan Kerajaan dimata Rakyat semakin dekat PRU ini...?

Walaupun tidak mempunyai hubungan politik dengan DAP, PAS bimbang dengan arahan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya DAP mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa tindakan RoS itu mengundang persepsi bahawa agensi kerajaan itu dipengaruhi oleh pihak tertentu.

“Kita bimbang orang akan tuduh ada agenda politik dalam agenda RoS.

“Apa yang diminta RoS supaya dibuat pemilihan semula itu berlandaskan dari segi peraturan. Namun isunya mengapa selepas empat tahun. Sepatutnya dari awal lagi DAP diarahkan untuk mengadakan pemilihan.

“Kini selepas empat tahun apatah lagi berdekatan dengan pilihan raya umum maka ia menimbulkan spekulasi dan tanggapan negatif masyarakat,” katanya di Temrloh semalam.

Pada Jumaat, RoS mengarahkan DAP mengadakan semula pemilihan jawatankuasa CEC yang baru selepas siasatan mereka mendapati pelantikan yang dibuat pada 29 September 2013 adalah tidak sah.

Semalam bekas pemimpin kanan DAP, Zulkifli Mohd Noor berpendapat parti itu sepatutnya dibatalkan pendaftaran oleh RoS.

Bagaimanapun RoS dilaporkan berkata parti pimpinan Lim Kit Siang itu masih lagi sah di sisi undang-undang.

Mengulas hal demikian, Amar berkata walaupun PAS dan DAP tiada hubungan politik, tetapi parti yang didominasi kaum Cina itu wajar diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan.

“Kita tak boleh mencadangkan DAP diharamkan hanya kerana ia melawan PAS. Dalam sebuah negara demokrasi, mana-mana parti boleh wujud. Sesuatu parti atau pertubuhan boleh diharamkan jika ia melanggar peraturan negara.

“Jika ia ada kesilapan teknikal atau kesalahan dalam mengendalikan parti saya rasa mereka perlu diberi peluang untuk ‘remedy’,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan itu.

Mandat ahli CEC dan pemimpin yang lain berakhir sejak September tahun lalu, bagaimanapun perlembagaan parti serpihan PAP itu membenarkan pemilihan baharu ditunda sehingga 18 bulan bagi tujuan persiapan pilihanraya umum.


Demikianlah Artikel BETUL SOKONG 100% Tu!!!!! PAS PERSOAL ROS ARAH DAP SELEPAS 4 TAHUN

Sekianlah artikel BETUL SOKONG 100% Tu!!!!! PAS PERSOAL ROS ARAH DAP SELEPAS 4 TAHUN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BETUL SOKONG 100% Tu!!!!! PAS PERSOAL ROS ARAH DAP SELEPAS 4 TAHUN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/betul-sokong-100-tu-pas-persoal-ros.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :