link : Bila Baca Kisah Ini, Memang Patutlah Laki Bini Kena Wujudkan Wang Simpanan Kecemasan
Bila Baca Kisah Ini, Memang Patutlah Laki Bini Kena Wujudkan Wang Simpanan Kecemasan
Pulang berhari raya siapa yang tidak mahu. Seronok menyambut hari raya bersama adik beradik yang lain berkumpul di hari raya. Jika tidak pulang dan mahu menyambut hari raya di rumah sendiri, apalah sangat aktiviti dan kemeriahan yang kita boleh adakan. Paling kurang pun kita akan bersama keluarga ke masjid, solat sunat Aidil Fitri dan balik dari masjid kita bersama-sama menikmati juadah hari raya. Selepas itu, kita mati kutu untuk buat apa, mana tidaknya orang lain semua pulang berhari raya di kampung.
Namun jika ditakdirkan kita terpaksa berhari raya di rumah sendiri terpaksalah kita menempuhi semua itu. Mungkin rancangan televisyen akan menceriakan hari kita. Mungkin inilah perasaan yang dihadapi oleh satu keluarga ini. Aku dapati dia tidak pulang berhari raya kerana masalah kewangan. Aku ketika itu berhenti seketika di Mac’donals untuk beli membeli sedikit makanan untuk bekalan pulang ke kampung halaman di Pantai Timur.
Maklum sajalah petang hari raya pertama banyak gerai dan tempat hentian tutup operasi.
Disebabkan orang ramai, sempatlah aku beramah mesra dengan wanita itu. Dia ketika itu hendak membeli makanan untuk mengambil hati anak-anak kerana tidak pulang ke kampung halaman di Johor Bahru. Katanya walau pahit dan hati pilu kerana tidak pulang berhari raya itu keputusan tepat yang dibuat oleh dia dan suami.
Kata wanita itu, gaji dia dan suami tidaklah besar sangat, setelah ditolak semua hutang dan duit yang terpaksa dikeluarkan kerana kereta mereka rosak teruk menjelang hari raya, terpaksa membatalkan niat pulang berhari raya. Dengan tayar kereta semuanya sudah tidak berapa elok, amat sukar untuk mereka berjalan jauh. Jika mereka mengambil risiko pulang juga, mereka boleh sampai ke kampung halaman, tetapi pulang berhari raya nanti mereka akan berhadapan dengan masalah kewangan.
Mukanya yang redup dan matanya yang berkaca aku tahu dia sedih, walau terpaksa menelan semua itu. Kami bersalaman dan aku hulurkan angpau raya untuk anak-anaknya. Sepanjang perjalanan aku sedih mengingatkan nasib wanita itu. Betapa bersyukurnya aku dapat pulang berhari raya, perjalanan yang jauh dan kesesakan jalan raya semua yang dilalui bagaikan angin yang lalu. Aku masih tidak dapat melarikan fikiran memikirkan masalah wanita itu, sehinggakan aku temui satu jawapan.
Ya jika wanita itu ada simpanan kecemasan semua itu pasti tidak berlaku kepada keluarganya. Atau mungkin jika mereka telah membuat simpanan dua bulan sebelum bulan Syawal, mungkin mereka dapat menghadapi sebarang kemungkinan selepas pulang berhari raya. Mungkin ia ingatan buat diri dan suamku juga agar sentiasa beringat adanya wang simpanan kecemasan keluarga.
Semoga tip ini membantu anda menyisipkan sedikit duit untuk wang simpanan kecemasan;
1. Tetapkan matlamat simpanan
Simpanan untuk apa, anda tahu berapa banyak wang yang diperlukan untuk anda hidup selesa dan tidak bimbang sebarang kemungkinan yang berlaku.
2. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu
Pentingnya untuk anda merekodkan perbelanjaan anda yang dibuat dalam masa sebulan. Dengan ini anda dapat kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan fikirkan yang menjadi keutamaan.
3. Buat bajet anda sendiri
Bila anda rekod perbelanjaan anda boleh buat bajet anda sendiri. Anda akan tahu setiap sebulan berapa banyak gaji yang anda gunakan dan belanjakan. Contohnya dalam sebulan hanya RM100 untuk duit kopi, beli pakaian baru, dan lain-lain.
4. Jangan gunakan kad kredit
Bayar segala-galanya dengan wang tunai jangan guna kad kredit. Secara automatik anda akan mudah berbelanja apabila nampak duit di depan mata. Jika guna wang tunai, anda boleh melihat duit itu berkurang dan akan ada rasa menyesal bila belanja banyak.
5. Asingkan duit belanja
Jika anda ada masa keluarkan duit siap-siap untuk kegunaan sebulan. Contohnya untuk duit minyak dan tol, makan minum, dan sebagainya. Anda akan lihat betapa cepatnya duit itu habis. Dan disebabkan itu anda akan berfikir banyak kali sebelum hendak habiskan duit.
6. Asingkan duit simpanan awal
Jangan amalkan duit simpanan adalah baki duit setiap hujung bulan. Anda tipu diri sendiri kalau anda cakap begitu. Anda pasti tidak akan menyimpan. Jadikan amalan simpanan duit itu sejurus selepas anda dapat gaji.
Sumber
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Bila Baca Kisah Ini, Memang Patutlah Laki Bini Kena Wujudkan Wang Simpanan Kecemasan
Anda sekarang membaca artikel Bila Baca Kisah Ini, Memang Patutlah Laki Bini Kena Wujudkan Wang Simpanan Kecemasan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bila-baca-kisah-ini-memang-patutlah.html