BN Mesti Mula Serangan Terhadap Pembangkang

BN Mesti Mula Serangan Terhadap Pembangkang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN Mesti Mula Serangan Terhadap Pembangkang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN Mesti Mula Serangan Terhadap Pembangkang
link : BN Mesti Mula Serangan Terhadap Pembangkang

Baca juga


BN Mesti Mula Serangan Terhadap Pembangkang

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) kini mesti mula lebih banyak menyerang dan melakukan serangan strategik bukannya menunggu serangan pelbagai sudut daripada pihak pembangkang.

Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata BN tidak lagi boleh berpeluk tubuh dan membiarkan parti karam dalam limpahan serangan bertalu-talu Pakatan Harapan kerana pendekatan defensif selama ini seolah-olah menggambarkan BN lemah.

“Pendekatan defensif kita selama ini menggambarkan kita sentiasa melakukan kesilapan dan seolah-olah mereka (pembangkang) yang betul. Kita sudah tidak boleh dilihat seakan menerima dan mengakui segala persepsi negatif yang direka dan dihamburkan terhadap kita,” katanya berucap merasmikan Konvensyen BN Johor yang dihadiri 400 perwakilan, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden MCA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, Pengerusi MIC Johor Datuk M. Asojan, Pengerusi Gerakan Johor Datuk Teo Kok Chee dan Pengerusi MyPPP Johor Datuk Dr S. Sivakumar.

Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata BN sudah tidak boleh dilihat seakan menerima dan mengakui segala persepsi negatif yang dihamburkan, justeru, pendekatan tunggu dan lihat serta menjawab apabila diserang mesti segera berakhir.

Beliau berkata BN mesti terkehadapan dalam membongkar betapa gagalnya wakil pembangkang menyantuni pengundi mereka dan BN mesti menunjukkan betapa wakil rakyat pembangkang langsung tidak kelihatan di banyak kawasan.

“Kita (BN) tidak boleh biarkan pembangkang tidur nyenyak setiap malam. Kita mesti menghantui malam-malam mereka (pembangkang) dengan segala macam igauan. Biar segala fitnah, serangan serta tohmahan yang mereka buat selama ini kembali kepada mereka.

“Kita mesti pastikan yang setiap hari mereka akan terbeban untuk menjawab semua serangan berasas kita. Hanya dengan bertindak sedemikian, kita akan mengajar mereka bahawa kita bukan lemah dan naif, bukan pasif malah kita punya pelbagai senjata yang boleh kita gunakan untuk menewaskan mereka,” katanya.

Menteri Besar Johor berkata BN juga mesti memastikan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bukannya pilihan raya berdasarkan persepsi tetapi berpandukan informasi.

Beliau berkata PRU ke-14 mesti disandarkan kepada maklumat iaitu segala persediaan, gerak kerja mahupun tawaran BN mestilah disokong dengan data, pelan serta pencapaian.

“Saya sangat bimbang apabila pencapaian sebenar kerajaan tidak dijadikan ukuran sebenar sebaliknya rakyat disajikan dengan perspektif yang hanya bersandarkan persepsi. Akhirnya kita jadi mangsa persepsi sedangkan hakikat yang sebenarnya sangat berlainan.

“Jadi, saya mahu kita betulkan semula persepsi yang salah dan gantikan dengan maklumat sahih dan data yang empirikal. Berapa peruntukan pembangunan yang telah kita belanjakan, berapa rumah yang kita telah bina dan pekerjaan yang kita telah wujudkan,” katanya.

Menurut Mohamed Khaled, BN juga perlu menghadapi PRU ke-14 sebagai ‘Barisan Nasional’ dan bukan sebagai hanya parti komponen BN dengan menghantar mesej yang sangat jelas kepada rakyat bahawa BN adalah ‘Team Malaysia’ yang bukannya sekadar UMNO, MCA, MIC, PPP dan Gerakan secara berasingan.
Beliau sehubungan itu mengajak seluruh anggota BN supaya bersama-sama kembali kepada semangat BN dan bersungguh-sungguh mengukuhkan parti.

“Jangan sendiri-sendiri. Kita mesti berdiri sebagai BN dan kita mesti menawarkan kepada Johor dan Malaysia sebuah masa depan yang cerah dan maju sebagai kerajaan BN,” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel BN Mesti Mula Serangan Terhadap Pembangkang

Sekianlah artikel BN Mesti Mula Serangan Terhadap Pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN Mesti Mula Serangan Terhadap Pembangkang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bn-mesti-mula-serangan-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :