BNM Keluarkan Kertas Strategi Bagi VBI

BNM Keluarkan Kertas Strategi Bagi VBI - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BNM Keluarkan Kertas Strategi Bagi VBI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BNM Keluarkan Kertas Strategi Bagi VBI
link : BNM Keluarkan Kertas Strategi Bagi VBI

Baca juga


BNM Keluarkan Kertas Strategi Bagi VBI

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM)  secara kerjasama dengan industri kewangan Islam, mengeluarkan satu kertas strategi berkenaan Pengantaraan berasaskan Nilai (VBI) bagi memperincikan strategi untuk mengukuhkan peranan dan impak institusi perbankan Islam terhadap ekosistem kewangan mampan.

Bank pusat itu berkata, hasil yang diharapkan daripada VBI adalah hampir serupa dengan objektif yang ditetapkan oleh rangka kerja seperti Alam sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Korporat (ESG), Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) dan kewangan beretika.

Bagaimanapun, bank pusat berkata VBI berasaskan Syariah, yang menentukan nilai-nilai dasar, kompas moral dan keutamaannya.

“Dengan pelaksanaan VBI, pengamal perlu menimbang kesan aktiviti dan tindakan mereka bukan sahaja kepada pengguna kewangan tetapi juga kepada pihak berkepentingan,” kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut bank pusat, strategi tersebut bertujuan untuk menggalakkan penggunaan amalan VBI yang akan membawa kepada peningkatan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam – memudahkan keusahawanan, kesejahteraan masyarakat, alam sekitar lestari dan pertumbuhan ekonomi,  tanpa mengabaikan pulangan kepada pemegang saham.

“Strategi ini dijangka akan diguna pakai dan dilaksanakan berdasarkan kesediaan setiap institusi perbankan Islam,” kata BNM.

Bank pusat berkata ia mengalu-alukan maklum balas membina daripada pihak yang berminat untuk meningkatkan lagi kandungan kertas strategi itu yang boleh dihantar menerusi email kepada [email protected]. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel BNM Keluarkan Kertas Strategi Bagi VBI

Sekianlah artikel BNM Keluarkan Kertas Strategi Bagi VBI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BNM Keluarkan Kertas Strategi Bagi VBI dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/bnm-keluarkan-kertas-strategi-bagi-vbi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :