Boy Iman yakin kisah seram Blok 404 bakal jadi fenomena semula

Boy Iman yakin kisah seram Blok 404 bakal jadi fenomena semula - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Boy Iman yakin kisah seram Blok 404 bakal jadi fenomena semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Boy Iman yakin kisah seram Blok 404 bakal jadi fenomena semula
link : Boy Iman yakin kisah seram Blok 404 bakal jadi fenomena semula

Baca juga


Boy Iman yakin kisah seram Blok 404 bakal jadi fenomena semula

PENERBIT dan pelakon Datuk Boy Iman yakin telefilem seram Blok 404 yang diterbitkan semula dalam versi filem akan menjadi fenomena semula seperti dahulu.

Menurut Boy Iman, tujuan utama dia menerbitkan filem Blok 404 semula kerana ingin mengembalikan nostalgia peminat-peminat telefilem tersebut.

"Suatu ketika dahulu telefilem Blok 404 telah mencetus fenomena dalam industri hiburan di Malaysia dan jualan VCD sangat tinggi.

"Jadi saya mengambil peluang ini untuk menerbitkan semula dalam bentuk filem kerana ingin mengembalikan semula nostalgia terhadap peminat-peminat yang merindui Blok 404.

"Jika dilihat, ramai juga bakat-bakat baru yang terlahir disana antaranya saya, Nabila Huda, Arwah Faisal Yusof, Raja Azri dan Zamarul Hisham.

"Apa yang boleh saya katakan filem ini lebih menarik kerana aksi yang dipaparkan lebih seram dan mendebarkan penonton," katanya kepada Astro Gempak.

Boy Iman berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran filem Blok 404 yang diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Boy Iman, filem yang diarahkan oleh Azma Aizal ini bakal menemui penonton di pawagam pada hujung tahun nanti.

Filem Blok 404 dibarisi oleh Amar Asyraf, Nur Risteena, Kamal Adli, Nadia Brian, Zamarul Hisham, Raja Azri dan Boy Iman.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Boy Iman yakin kisah seram Blok 404 bakal jadi fenomena semula

Sekianlah artikel Boy Iman yakin kisah seram Blok 404 bakal jadi fenomena semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Boy Iman yakin kisah seram Blok 404 bakal jadi fenomena semula dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/boy-iman-yakin-kisah-seram-blok-404.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :