link : Buang Angin & Bau Tak ‘Best’ Ketika Nifas Dengan 3 Bahan Ini!
Buang Angin & Bau Tak ‘Best’ Ketika Nifas Dengan 3 Bahan Ini!
Selepas melahirkan ibu perlu banyak berehat agar mencegah pendarahan. Makanan dalam pantang jangan sampai dilanggar, bimbang ibu jadi bentan.
Puan Lili Norsharira Jamaludin berkongsi resipi berpantang yang bermanfaat membuang angin dalam badan dan menghindarkan bau kurang enak ketika nifas.
Bahan-bahan
Bawang putih dibakar – hiris
Air asam jawa
Serbuk lada sulah/ lada hitam
Caranya
Satukan kesemua bahan.
Hidang ketika makan nasi putih
Senaman Nifas Kembalikan Kedudukan Otot Rahim
Selain ambil pemakanan yang tepat, ibu boleh lakukan senaman nifas secara berperingkat.
Mulakan selepas hari kedua bersalin.
Manfaat
Bantu melancarkan peredaran darah
Bantu kembalikan otot kandungan
Menguatkan otot perut, pinggul dan pinggang
Mengembalikan bentuk tubuh
Bantu lancarkan pengeluaran air susu ibu
Gerakan Senaman Nifas
* Ibu dalam kedudukan terlentang, angkat kedua kaki rapatkan ke perut, letak kedua tangan atas perut dan tekan perlahan. Bernafaslah dengan betul iaitu sedut udara ikut hidung dan hembus menerusi mulut.
* Dengan posisi yang sama, angkat dan letak kembali pada kedudukan asal.
* Luruskan kedua belah kaki dan silang. Kuatkan otot dengan keadaan seperti menahan dari membuang air kecil dan besar.
* Duduk di kerusi, perlahan-lahan bongkokkan badan sambil biarkan tangan anda menyentuh tumit kaki.
Sumber/Foto: FB Lili Norsharira Jamaludin
Sumber
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Buang Angin & Bau Tak ‘Best’ Ketika Nifas Dengan 3 Bahan Ini!
Anda sekarang membaca artikel Buang Angin & Bau Tak ‘Best’ Ketika Nifas Dengan 3 Bahan Ini! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/buang-angin-bau-tak-best-ketika-nifas.html