link : Budakbudak Beraya Rumah Orang
Budakbudak Beraya Rumah Orang
Salam semua warga iiumc. Sempena orang kata raya sebulan ni, aku rasa bebelan chef wan berkaitan sikap anak-anak semasa pergi beraya di rumah orang ni pun akan berpanjangan selama sebulan gak. Dah banyak respond berkaitan isu ini. Dan di sini juga aku nak luahkan pendapat aku berkaitan respond orang-orang yang aku kenal tentang adab ibu bapa yang membawa anak-anak beraya di rumah orang. malahan time bukan raya pun, aku rasa ibu bapa patut bagi perhatian tentang perkara ni. Ye la kan, bukan setahun sekali kot ko pi melawat rumah orang kan???after all, budaya beradab ni sepatutnya kekal sepanjang masa dan bukannya bermusim sahaja.
Firstly, aku ni ibu kepada 3 orang anak. Yang sulung sekolah darjah 1, second berumur 5 tahun dan yang bongsu masih baby lagi. Secara peribadinya, aku tak suka membawa anak-anak aku pergi ke rumah orang yang tak child friendly tapi ini tak bermakna aku jenis yang akan biarkan anak-anak aku menjadi raja di rumah orang sesuka hati atau menjahanamkan/merosakkan barangan orang atas prinsip bebudak tak tau apa lagi walaupun tuan rumah kata sambil senyum eh..biar je la bebudak tu. NO!!! anak-anak aku still pergi beraya di rumah sedara-mara dan rakan-rakan kami. Tapi untuk memastikan tuan rumah, kami sebagai parents dan anak-anak gembira beraya, ada perkara tertentu yang perlu diberi perhatian sebelum pergi beraya atau ziarah rumah orang.
Sebelum sampai rumah orang : Advice anak-anak sebelum keluar rumah untuk pi beraya/ziarah. Sebelum keluar rumah, nasihatkan mereka awal-awal apa yang mereka tak boleh buat dan boleh buat. Ada kenalan aku tak setuju dengan cara ini sebab mereka kata kids should be kids and they should be free to do anything. Bagi aku itu dah a big mistake. Memang betul budak-budak akan berperangai seperti budak-budak. Ada perasaan ingin tahu, ingin mencuba BUT pada masa yang sama mereka juga perlu didedahkan dengan tatacara ketika berada di rumah orang termasuklah bertegur sapa dengan tuan rumah (bukan suruh bersembang macam orang tua pun. Just enough bersalam dan ucap selamat hari raya), hormat-menghormati sesama manusia termasuklah hormat hak privasi tuan rumah, hormat barangan tuan rumah (mungkin dia simpan duit lama untuk beli perabot baru, pinggan mangkuk mahal demi nak meraikan tetamu yang datang. Penat jerih orang ni kita tak tau). Bila tak didedahkan dari kecil the do and donts, ada kemungkinan anak-anak ini menjadi spoilt brat dan ketika dah besar, sudah terlambat untuk menegur atau membentuk mereka. Anak-anak aku dah dimaklum awal, jika mereka tak behave, ada denda yang menanti.
Ketika di rumah orang : Selagi boleh, pastikan anak-anak berada di sisi ibu bapa atau di tempat yang kita boleh pantau aktiviti mereka. Jangan dibiarkan anak-anak pergi jauh kerana pertamanya, keselamatan anak-anak kita sendiri (jatuh tangga, main di luar rumah tanpa pengawasan, etc) dan kedua, demi keamanan jiwa raga tuan rumah (siapa pun akan stress bila tengok tetamu kecil memunggah barangan rumah, tolak-tolak kerusi atau bersila atas meja, etc. kalau senyum pun sebab terpaksa je) . Bila anak-anak dekat dengan kita, senang untuk kita pantau jika mereka tertumpahkan makanan/minuman, tidak membazirkan makanan (macam chef wan kata ada yag suka ramas kuih raya gitu je), tidak usik barangan tuan rumah atau utntuk pastikan mereka tidak masuk ke bilik tidur/ruang private tuan rumah. Lepas makan, sila ajar anak-anak kita untuk kemas pinggan cawan mereka sendiri (buang dalam tong sampah atau bawa pergi ke sinki) dan jika ada makanan/air tumpah, minta mereka amibil tisu atau minta kain buruk pada tuan rumah untuk bersihkan sendiri. Memang majority tuan rumah akan suruh kita biarkan je dan diorang akan bersihkan sendiri tapi sila fikir yang tuan rumah bukan perlu layan kita sahaja. Ada ramai lagi yang perlu dilayan. Ihsan sesama manusia perlu ada dan pada masa yang sama ajar anak-anak kita tentang erti tanggungjawab walaupun hanya setakat cleaning their own mess. Anak-anak aku yang terlupa pesanan penaja sebelum keluar rumah tadi, memang akan dapat cash on site samada kena reprimanded instantly atau cubit. Aku tak kira kalau orang kata aku garang dengan anak-anak sebab aku lebih rela anak-anak sakit skit daripada orang kata anak-anak aku tak reti adab. Biar sakit dulu agar menjadi manusia beradab di kemudian hari daripada dimanjakan sekarang tetapi menjadi manusia inconsiderate of other people di kemudian hari. Aku tak nak guna perkataan kurang ajar sebab bagi aku itu terlalu harsh bagi anak-anak (macam mendoakan pun ada gak) dan pada ibu bapa sendiri sementelah lagi anak-anak ni masih mempunyai harapan untuk dididik dengan lebih baik jika ibu bapa sendiri memainkan peranan dari awal agar anak-anak menjadi cukup ajar.
Ketika hendak pulang : biasakan anak-anak bersalam dan ucap terima kasih pada tuan rumah. Bukannya tanya tuan rumah mana duit raya?. Tak dinafikan anak-anak aku pun tak terkecuali dalam bertanyakan duit raya but after beberapa buah rumah, they know better. Kalau tak, puas la diorang makan ketam nanti. Consider you and the kids are safe when you are finally on the way back to your own home.
Mungkin some parents akan kata alah..biarkan je la bebudak ni. Bagi aku please think carefully akan akibatnya jika anak-anak dibiarkan menjadi raja tanpa ditegur. Sekarang pun kita dah dapat lihat kesannya bila bebduak ni dimanjakan. Tak payah tengok rumah orang. tengok kesan di rumah kita sendiri. Berapa banyak luahandi iiumc oleh maksu, makteh, kaki par, etc tentang perangai anak-anak sedara/ipar duai yang balik kampung tapi hanya memperhambakan orang lain walaupun darah daging sendiri. Bagi aku, itu kesan secara tak langsung apabila anak-anak ini dari kecil hingga dah beranak-pinak sendiri tidak terbiasa dengan budaya beradab. Bear in mind yang kita berkunjung ke rumah orang untuk merapatkan hubungan sesama kita. Bukannya untuk dilayan seperti raja.
Maklong
Sumber & Kredit: iiumc
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Budakbudak Beraya Rumah Orang
Anda sekarang membaca artikel Budakbudak Beraya Rumah Orang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/budakbudak-beraya-rumah-orang.html