Campur Buah Kiwi Dalam Masakan Rendang? Hipster Weh!

Campur Buah Kiwi Dalam Masakan Rendang? Hipster Weh! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Campur Buah Kiwi Dalam Masakan Rendang? Hipster Weh!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Campur Buah Kiwi Dalam Masakan Rendang? Hipster Weh!
link : Campur Buah Kiwi Dalam Masakan Rendang? Hipster Weh!

Baca juga


Campur Buah Kiwi Dalam Masakan Rendang? Hipster Weh!

Campur Buah Kiwi Dalam Masakan Rendang? Hipster Weh!

Gambar: Zespri

Terfikir nak buat rumah terbuka Aidilfitri tapi masih tak tahu nak masak apa? Kalau raya mestilah ada lemang dan rendang. Tapi apa kata kali ini anda cuba satu kelainan memasak rendang dan campurkan dengan beberapa biji buah Kiwi SunGold Zespri untuk rasa yang lebih enak! Confirm tetamu akan bertanya, apakah rahsianya rendang anda enak semacam. Selamat mencuba.

Rendang Ayam Buah Kiwi SunGold Zespri

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 1 jam

Bahan A

10 g halia
10 g lengkuas
3 batang serai
5 bawang merah
3 ulas bawang putih
15 cili kering
80 g minyak


Bahan B

700 g ayam
600 g santan kelapa
130 g kerisik
3 helai daun limau purut, dihiris
1 daun kunyit, dihiris
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
2 Buah Kiwi SunGold Zespri, dihiris
 

Cara Menyediakan

  1. Masukkan bahan A dalam pengisar dan kisar hingga lumat.
  2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar hingga bangkit baunya, kemudian masukkan ayam dan santan kelapa.
  3. Masak di atas api kecil selama 30 minit, kacau selalu.
  4. Masukkan kerisik dan masak hingga kuah menjadi pekat.
  5. Masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan masak selama 3 minit lagi.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Masukkan Buah Kiwi SunGold Zespri dan masak selama 3 minit lagi di atas api sederhana.
  8. Hidangkan semasa hangat.
  

Dabu-Dabu Ikan dengan Buah Kiwi Zespri

Masakan ikan dan buah kiwi.

Untuk 2 – 3 hidangan
Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 10 minit

 
2 potongan isi ikan tenggiri
Minyak untuk menggoreng


Bahan Perap

4 bawang merah, dikisar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu besar sambal cili
2 sudu besar minyak
  

Dabu-Dabu

6 bawang merah, dihiris tebal
6-7 cili padi merah, dihiris
2 tomato hijau tanpa biji, dipotong dadu
2 tomato merah tanpa biji, dipotong dadu
5 limau kasturi, diperah jusnya
1 Buah Kiwi SunGold Zespri
1 Buah Kiwi Hijau Zespri
½ cawan minyak kelapa
Garam dan gula secukup rasa
 

Cara Menyediakan

  1. Kisar bahan perap  dan tumis beberapa minit hingga bangkit baunya. Sejukkan sedikit dan gunakan untuk perap ikan.
  2. Untuk membuat dabu-dabu, campur semua bahan kecuali minyak kelapa. Ketepikan.
  3. Goreng ikan dengan sedikit minyak dalam kuali leper. Sebaik sahaja masak, angkat dari kuali dan letakkan dabu-dabu di atas ikan.
  4. Panaskan minyak kelapa dan segera tuangkan ke atas ikan.
  5. Hidangkan panas-panas. 

Buah Kiwi SunGold Zespri dengan air kelapa

Campuran air buah-buahan.

Untuk 2 – 3 hidangan
Masa penyediaan: 10 minit

 
4 sudu besar madu
2 Buah Kiwi SunGold Zespri, dipotong dadu
2 kelapa muda, air dengan isinya, dihiris
8 kurma, dihiris
2 cawans kiub ais
  

Cara Menyediakan

  1. Masukkan madu, Buah Kiwi SunGold Zespri, air kelapa dan isinya ke dalam jag. Kacau.
  2. Seterusnya, masukkan kurma dan kiub ais. Hidangkan.
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Campur Buah Kiwi Dalam Masakan Rendang? Hipster Weh!

Sekianlah artikel Campur Buah Kiwi Dalam Masakan Rendang? Hipster Weh! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Campur Buah Kiwi Dalam Masakan Rendang? Hipster Weh! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/campur-buah-kiwi-dalam-masakan-rendang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :