Chef Wan tegur Aliff Syukri isu makan di tepi jalan di luar negara

Chef Wan tegur Aliff Syukri isu makan di tepi jalan di luar negara - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Chef Wan tegur Aliff Syukri isu makan di tepi jalan di luar negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Chef Wan tegur Aliff Syukri isu makan di tepi jalan di luar negara
link : Chef Wan tegur Aliff Syukri isu makan di tepi jalan di luar negara

Baca juga


Chef Wan tegur Aliff Syukri isu makan di tepi jalan di luar negara

SEBELUM ini, pengasas produk kecantikan yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris', Datuk Aliff Syukri, pernah mencetuskan kontroversi apabila bertindak makan durian sambil bersila di lapangan terbang.

Kali ini, beliau sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila tindakannya makan di tepi jalan di luar negara, menerima kritikan ramai.

Aliff memuat naik video beliau dan keluarga makan di tepi sebatang jalan di Zurich, Switzerland, ke akaun Instagram.

Bersama video itu, Aliff memuat naik kapsyen yang menjelaskan mengapa beliau terpaksa bertindak sedemikian.

"Sedih saya, pergi restoran bawa bekal sebab di sini makanan halal amat susah nak dapat. Baru bercadang nak pesan air untuk buat cover nak tumpang makan, tapi kami kena halau.

"Jadi kami makan saja di tepi jalan," tulisnya.

Tindakan itu menerima kecaman netizen, termasuk chef dan personaliti terkenal, Chef Wan.

Tindakan Datuk Aliff menerima kecaman netizen, termasuk chef dan personaliti terkenal, Chef Wan.

Di ruangan komen, Chef Wan berkata, apa yang dilakukan Datuk Aliff itu boleh mencemar imej pelancong dari Malaysia.

"Ia bukan satu paparan imej yang baik bagi pelancong Malaysia. Datuk (Aliff Syukri) bukan tak berduit.

"Imej rakyat Malaysia perlu dijaga apabila apabila ke luar negara. Tolong hentikannya," tulis Chef Wan.

Kebanyakan restoran di Malaysia, apatah lagi di luar negara menegaskan peraturan standard iaitu tidak membenarkan pelanggan membawa makanan sendiri dan menggunakan tempat duduk di dalam premis mereka.

Bagi senario seumpamanya di Malaysia, sesetengah orang berpendapat bahawa perkara itu boleh 'dimaafkan' jika sekurang-kurangnya memesan air di tempat tersebut.

Di luar negara pula, tindakan sebegitu masih dianggap tidak wajar dilakukan.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Chef Wan tegur Aliff Syukri isu makan di tepi jalan di luar negara

Sekianlah artikel Chef Wan tegur Aliff Syukri isu makan di tepi jalan di luar negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Chef Wan tegur Aliff Syukri isu makan di tepi jalan di luar negara dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/chef-wan-tegur-aliff-syukri-isu-makan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :