KLUANG – Dua penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang tauke restoran bulan lepas..
Tertuduh B. Haresh, 26, dan M.J Richardass, 28 dan K Prem Rao, 26, yang kini masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu secara bersama pada 29 Jun lepas kira-kira 6 pagi semasa mangsa, seorang lelaki berusia 32 tahun, dalam perjalanan ke rumahnya di Simpang Renggam dekat sini.
Kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup atau dikenakan sebatan.
Kedua-duanya hanya mengangguk faham dan tidak membuat sebarang pengakuan ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.
Kedua-dua tertuduh juga tidak dibenarkan diikat jamin.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 7 Ogos depan bagi mengemukakan laporan-laporan berkaitan termasuk laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Afiq Zuber manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Culik: 2 Penganggur Dihadapkan Ke Mahkamah
Sekianlah artikel Culik: 2 Penganggur Dihadapkan Ke Mahkamah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Culik: 2 Penganggur Dihadapkan Ke Mahkamah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/culik-2-penganggur-dihadapkan-ke.html
Jangan Tertipu Dengan Berita Palsu
KUALA LUMPUR - Masyarakat di negara ini dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan berita palsu kerana ada pihak-pihak tertentu yang ingin …Read More...
Rakam semula Hancur Aku
Tentu ramai yang tahu lagu Hancur Aku dinyanyikan kumpulan Estranged dan Fazura. Lagu yang dimuatkan dalam album Estranged, Sepenuhnya dil…Read More...