link : Dah Banyak Kali Kes Sama Berlaku Sehingga Kerugian RM1.8 juta Setahun
Dah Banyak Kali Kes Sama Berlaku Sehingga Kerugian RM1.8 juta Setahun
SPAN mengesan sambungan air secara haram yang menyalurkan bekalan air bersih kepada kawasan kediaman sementara pekerja tapak pembinaan. (Gambar: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara)
Dalam perkembanan terbaru, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengesan kes kecurian air di sebuah tapak pembinaan bangunan pangsapuri beralamat di Jalan Rasa Sayang, Cheras, Selangor semalam. Perbuatan mencuri bekalan air bersih itu terbongkar selepas SPAN menerima aduan daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS)
Dalam operasi itu, SPAN menemui satu sambungan menggunakan paip jenis poli berukuran 32 milimeter (mm) daripada paip utama SYABAS berukuran 100 mm di lokasi berkenaan. SPAN mendapati sambungan haram itu bagi menyalurkan bekalan bekalan air bersih kepada kawasan kediaman sementara pekerja tapak pembinaan tersebut untuk kegunaan harian mereka.
GUNA AKAUN SYARIKAT BARU
Pemeriksaan SPAN ke atas sistem maklumat Basis SYABAS mendapati tapak pembinaan berkenaan mempunyai dua akaun bekalan air yang didaftarkan atas nama dua syarikat berbeza.
Akaun pertama masih berstatus aktif manakala akaun kedua telah ditamatkan perkhidmatannya pada 18 Januari 2016. Siasatan lanjut masih dilakukan SPAN.
"Sambungan yang disyaki tidak sah itu dipercayai digunakan untuk menampung kegunaan aktiviti harian tapak pembinaan tersebut. Ujian klorin ditapak juga mengesahkan bekalan air yang diterima merupakan air terawat," kata SPAN dalam satu kenyataan media berhubung kejadian itu.
HUKUMAN PADA PESALAH
Jelas SPAN, perbuatan mencuri air tersebut merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).
Seksyen 123(1) akta itu memperuntukkan tiada mana-mana pihak selain pemegang lesen boleh membuat sebarang sambungan ke saluran utama awam atau paip air perkhidmatan.
Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau dihukum penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 123(3) dalam akta tersebut.
IMPLIKASI PERBUATAN CURI AIR
Kejadian curi air kurang sememangnya mendapat perhatian umum kerana tidak melibatkan kemudaratan berbentuk personal keatas mana-mana individu seperti kejadian curi harta benda.
Bagaimanapun, gejala itu jika tidak dibendung boleh menyebabkan kerugian wang ringgit yang banyak serta kehilangan sebilangan bekalan air bersih yang tidak sepatutnya.
Sebagai contoh, SYABAS menanggung kerugian air tidak berhasil (NRW) sebanyak RM1.821 juta akibat kecurian air hanya dalam tempoh dari 1 Januari sehingga 24 Mei 2016.
Jumlah tersebut diperolehi daripada 261 notis yang dikeluarkan bagi kes kecurian air di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya melibatkan penggunaan air sebanyak 587,011.67 meter padu. Ia meningkat berbanding tahun 2015 yang merekodkan kerugian NRW sebanyak RM7.3 juta dengan 997 notis dikeluarkan sepanjang tahun itu.
Berikut statistik SPAN mengenai penggunaan air di seluruh negara pada tahun 2015:
- Johor sebanyak 1.259 juta liter sehari
- Kedah, 702 juta liter sehari
- Kelantan, 231 juta liter sehari
- Labuan, 49 juta liter sehari
- Melaka, 388 jua liter sehari
- Negeri Sembilan, 493 juta liter sehari
- Pulau Pinang, 813 juta liter sehari
- Pahang, 532 juta liter sehari
- Perak, 878 juta liter sehari
- Perlis, 96 juta liter sehari
- Sabah, 552 juta liter sehari
- Sarawak, 846 juta liter sehari
- Selangor, 3,178 juta liter sehari
- Terengganu, 428 juta liter sehari
Demikianlah Artikel Dah Banyak Kali Kes Sama Berlaku Sehingga Kerugian RM1.8 juta Setahun
Anda sekarang membaca artikel Dah Banyak Kali Kes Sama Berlaku Sehingga Kerugian RM1.8 juta Setahun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/dah-banyak-kali-kes-sama-berlaku.html