link : "Dah Macam Bundle" – Chef Asma. Susulan Konsep ‘Shell Out’ Yang Diketengahkan Pada Jamuan Hari Raya Di Sebuah Sekolah Rendah Di Utara Tanah Air Minggu Lalu Turut Mendapat Kritikan Seorang Chef..
"Dah Macam Bundle" – Chef Asma. Susulan Konsep ‘Shell Out’ Yang Diketengahkan Pada Jamuan Hari Raya Di Sebuah Sekolah Rendah Di Utara Tanah Air Minggu Lalu Turut Mendapat Kritikan Seorang Chef..
PETALING JAYA: Selain kecaman netizen, konsep ‘shell out’ yang diketengahkan pada jamuan hari raya di sebuah sekolah rendah di utara tanah air minggu lalu turut mendapat kritikan seorang chef lapor mStar Online.
Asma Nordin atau lebih dikenali sebagai Chef Asma menyifatkan tindakan itu tidak menghormati makanan, selain kerana konsepnya tidak ubah seperti menjual baju 'bundle'.
“Makanan sekarang dah jadi macam baju ‘bundle’. Longgok-longgok, pilih nak yang mana. Saya memang tak suka konsep ‘shell out’.
“Hangpa cakaplah makanan tu ‘first class’ ke... maaflah, saya memang tak ada selera nak makan hidangan dicampak atas plastik, kongsi beramai-ramai satu plastik, berlonggok sisa-sisa makanan atas plastik,” katanya menerusi satu ‘posting’ di Facebook pada petang Jumaat.
Pada Khamis lalu, mStar Online melaporkan kemeriahan sambutan Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan (SK) Santan di Kangar, Perlis terpalit dengan kecaman netizen apabila memilih konsep ‘shell out’ untuk menghidangkan kuih raya kepada murid-murid.
Pelbagai jenis kuih raya dihidangkan pada majlis itu tetapi segelintir netizen menyifatkan konsep tersebut tidak sesuai dilaksanakan atas faktor membazir dan kebersihan.
Gambar keadaan meja yang menghidangkan kuih raya sebelum dan selepas majlis.
Bagaimanapun kata Chef Asma, beliau tidak menumpukan kepada isu pembaziran tetapi cara makanan itu dihidangkan.
Chef Asma yang juga seorang pensyarah dalam bidang kulinari berkata, walaupun murid-murid boleh membawa balik makanan sekiranya terdapat lebihan tetapi ia sudah berselerak dan bercampur.
“Memang tak elok sangat diajar anak-anak macam ni kat sekolah. Kenapa terikut sangat dengan budaya luar?
“Boleh tiru tapi olahkan mengikut budaya kita, malahan kita ada adat menghormati makanan kerana ia akan jadi darah daging. Hidang dalam dulang macam Nasi Ambeng tu kan bagus. Jangan dilonggokkan makanan, kalau situasi darurat tu okay,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya hidangan itu perlu kelihatan kemas dan diletakkan terus menggunakan bekas makanan yang dibawa murid-murid di atas meja.
“Lagi bagus, kemas dan tersusun. Tak perlu dilonggok sedemikian rupa macam baju ‘bundle’.
“Sepatutnya kita tunjukkan contoh terbaik untuk anak- anak yang masih di sekolah rendah,” tambah Chef Asma.
Terdahulu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SK Santan, Noramini Abdul Rani berkata, konsep ‘shell out’ ini bagi membolehkan semua murid dapat berkongsi makanan mereka bersama lain.
“Tambahan pula ada murid dari keluarga yang kurang berkemampuan. Konsep ini membolehkan murid-murid terbabit berpeluang merasai kuih raya yang tidak dibawa atau belum pernah dirasai mereka,” katanya.
"Pendapat sy sebg seorg Professional Chef/ Lecturer Culinary:-
1.Tak hormatkan makanan (mmg sy tak tergamak nak longgok2 kuih / biskut mcm nie)
2.Tak digalakkan ajar anak2 main longgok2 makanan mcm nie
3.Klu tak membazir pun..mesti kue tu berselerak bercampur..mmg anak2 boleh bawa blk klu tak habis..tp makanan dah bercampur ..mmg tak elok sgt diajar anak2 mcm..ni kat sekolah..knp nak terikut sgt dgn budaya luar???
Walaupun makanan itu tidak membazir..seeloknya tak sesuai dilonggok sebegitu rupa kerana majlis dibuat di Sekolah bkn diluar sekolah..Kita kena tunjukkan teladan yg baik buat anak2..
4.Jgn terikut budaya luar..hormat adat & budaya kita
5.Sy mmg tak bersetuju jika di sekolah anak sy buat mcm nie..
6.Makanan skrg dah dijadikan mcm baju bundle..longgok2..pilih nak yg mana
7. Sy mmg tak suka konsep Shell Out..hang pa ckp la makanan tu 1st class ke..sorry la..sy mmg tak de selera nak mkn hidangan dicampak atas plastik..share beramai ramai satu plastik..berlonggok sisa2 makanan atas plastik( Jgn kita meniru sgt budaya luar..boleh tiru tp olahkan ikut budaya kita..tak salah nak tiru budaya luar..tapi mesti kena dgn caranya..kita ada adat..hormati makanan..Makanan akan jadi darah daging. Hidang dlm dulang mcm Nasi Ambeng tu kan bagus..Jgn di longgok2 makanan..klu situasi darurat tu ok..
=========================,=,===,
Seeloknya/ nampak cantik:-
1. Letakkan terus bekas yg anak2 bawa atas meja..lagi bagus..kemas..tersusun.tak perlu dilonggok sedemikian rupa mcm baju bundle..
Longgok elok2 dlm tray..lagi proper..nampak kemas...
Klu kat sekolah pun buat mcm nie..sorry la..tak tau nak ckp apa..sepatutnya kita tunjukkan contoh terbaik untuk anak2 yg masih disekolah rendah..
2. Sy pi oversea pun tak jumpa lagi kuih2 ni dihidang berlonggok mcm nie..mmg kemas tersusun..tu di oversea..negara Barat..setahu sy di Negara Barat..tatacara/konsep hidangan sgt teratur / kemas sekali..knp negara kita nak over over sgt..ikut puak/ ajaran mana pulak..pelik betul..suka sgt buat benda pelik...nak ikut boleh..tapi kena bersesuaian dgn tempat kita..
================================
***Sekadar pendapat..kdg2 sedih tgk..nak glamour / nak viral ..tak pikir semua tu..
Ini hanya pendapat sy bila diaju pertanyaan..bagus jgk for knowledge..ambik yg positif..negatif kita ketepikan..tak kisah nak follow mana...klu rasa betul..silakan buat mana yg terbaik..
Thank You"
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel "Dah Macam Bundle" – Chef Asma. Susulan Konsep ‘Shell Out’ Yang Diketengahkan Pada Jamuan Hari Raya Di Sebuah Sekolah Rendah Di Utara Tanah Air Minggu Lalu Turut Mendapat Kritikan Seorang Chef..
Sekianlah artikel "Dah Macam Bundle" – Chef Asma. Susulan Konsep ‘Shell Out’ Yang Diketengahkan Pada Jamuan Hari Raya Di Sebuah Sekolah Rendah Di Utara Tanah Air Minggu Lalu Turut Mendapat Kritikan Seorang Chef.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel "Dah Macam Bundle" – Chef Asma. Susulan Konsep ‘Shell Out’ Yang Diketengahkan Pada Jamuan Hari Raya Di Sebuah Sekolah Rendah Di Utara Tanah Air Minggu Lalu Turut Mendapat Kritikan Seorang Chef.. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/dah-macam-bundle-chef-asma-susulan.html