Daler Yusuf Minta Maaf, Terpeluk Dada Nelydia Senrose

Daler Yusuf Minta Maaf, Terpeluk Dada Nelydia Senrose - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Daler Yusuf Minta Maaf, Terpeluk Dada Nelydia Senrose, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Daler Yusuf Minta Maaf, Terpeluk Dada Nelydia Senrose
link : Daler Yusuf Minta Maaf, Terpeluk Dada Nelydia Senrose

Baca juga


Daler Yusuf Minta Maaf, Terpeluk Dada Nelydia Senrose

Pelakon Daler Yusuf mengakui video yang memperlihatkan dia memegang dada aktres Nelydia Senrose yang tersebar luas sejak Sabtu adalah kejadian sebenar.

Bagaimanapun kata pemilik nama sebenar Daler Yusuf Muhammad, 23, itu, dia tidak sengaja memegang dada Nelydia dan memohon maaf kepada peminat yang tersinggung kerana kejadian itu.

“Sejujurnya saya memang tidak sengaja terpegang bahagian dada Nelydia ketika itu.

“Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang tersinggung atau terasa hati dengan video itu,” katanya .

Daler dikritik hebat oleh netizen selepas video itu menjadi tular di laman sosial dan ada mendakwa dia sengaja memegang dada Nelydia.

Malah ada pula menyifatkan perbuatan Daler itu tidak menghormati kaum wanita.

Menjelaskan situasi sebenar, Daler memberitahu Insiden itu berlaku ketika dia sedang membonceng motosikal yang dipandu Nelydia bagi menjayakan sebuah babak drama lakonan mereka iaitu Encik Suami Mat Salleh Celup.

Jelasnya lagi, ketika kejadian, dia sedang mendepakan tangannya sebelum Nelydia secara tiba-tiba menekan brek motosikal ketika melalui bonggol sehingga menyebabkan dia terkejut dan memeluk pelakon itu secara spontan sehingga terkena pada bahagian dadanya.

“Ia merupakan salah satu babak yang menarik dalam drama terbaru lakonan kami. Saya benar-benar tidak sengaja kerana terkejut apabila Nelydia tiba-tiba menekan brek,” jelasnya.

Dalam pada itu, Daler memberitahu dia tidak sangka video berdurasi kurang seminit itu menjadi tular sebaik saja dia memuat naik di Instagram.

“Memang tak sangka video yang saya muat naik pagi tadi boleh menjadi viral dan menerima banyak kecaman daripada netizen.

“Niat saya kongsi di Instagram hanya untuk mempromosikan salah satu babak menarik dalam drama tersebut.

“Terus-terang saya sendiri tak sedar babak akhir dalam video tersebut ada insiden itu.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sesuatu di laman sosial,” kata pelakon berdarah kacukan dari Uzbekistan itu.

Encik Suami Mat Salleh Celup bersiaran setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada pukul 7 malam di TV3.

The post Daler Yusuf Minta Maaf, Terpeluk Dada Nelydia Senrose appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Daler Yusuf Minta Maaf, Terpeluk Dada Nelydia Senrose

Sekianlah artikel Daler Yusuf Minta Maaf, Terpeluk Dada Nelydia Senrose kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Daler Yusuf Minta Maaf, Terpeluk Dada Nelydia Senrose dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/daler-yusuf-minta-maaf-terpeluk-dada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :