link : DAP Patut Diharamkan RoS – Bekas Tokoh DAP Melayu
DAP Patut Diharamkan RoS – Bekas Tokoh DAP Melayu
GEORGE TOWN – Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd. Noor menegaskan parti cauvinis itu sepatutnya dibatalkan pendaftaran oleh Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (RoS).
Zulkifli yang pernah memegang jawatan dalam DAP selama 16 tahun berkata, keputusan RoS mengarahkan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) adalah tidak adil kepada ahli yang buat aduan dan disingkirkan.
Menurut beliau lagi, keputusan pelik RoS berkenaan seolah-olah menunjukkan DAP merupakan sebuah parti politik yang terlalu ‘kebal diusik’ sehingga pihak kerajaan sendiri tidak berani mengambil sebarang tindakan tegas.
“Sepatutnya DAP dihukum dengan langsung dibatalkan pendaftaran parti tersebut kerana telah melakukan banyak kesalahan serius dalam tempoh empat tahun ini,” tegas Zulkifli dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Selain itu tambah beliau lagi, jika DAP berdegil dan tetap bertanding pada Piihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi, ia boleh dicabar dari sudut perundangan kerana senarai CEC parti tersebut pun masih belum diiktiraf RoS.
Beliau yang meletakkan jawatan daripada DAP sejak 2013 merupakan antara tokoh Melayu perintis dalam parti rasis itu sebelum kemudian menubuhkan Parti Alternatif Rakyat (PAP) pada 2015 lalu
Loading...
Demikianlah Artikel DAP Patut Diharamkan RoS – Bekas Tokoh DAP Melayu
Anda sekarang membaca artikel DAP Patut Diharamkan RoS – Bekas Tokoh DAP Melayu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/dap-patut-diharamkan-ros-bekas-tokoh.html