Dayang Nurfaizah Mula Fokus Cari Teman Tahun Ini

Dayang Nurfaizah Mula Fokus Cari Teman Tahun Ini - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dayang Nurfaizah Mula Fokus Cari Teman Tahun Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dayang Nurfaizah Mula Fokus Cari Teman Tahun Ini
link : Dayang Nurfaizah Mula Fokus Cari Teman Tahun Ini

Baca juga


Dayang Nurfaizah Mula Fokus Cari Teman Tahun Ini

PENYANYI lagu Separuh Mati Ku Bercinta sudah bersedia untuk mempunyai teman hidup selepas menyedari usianya kini mencecah lingkungan 30-an.

Penyanyi bersuara lantang, Dayang Nurfaizah, 36, berkata kalau boleh ingin mempunyai teman lelaki pada tahun ini.

“Bila orang tanya bila nak kahwin, baru saya sedar dan terfikir mengenainya. Saya kalau boleh nak ada teman lelaki tahun ini. Ye lah siapa yang tak mahu kahwin?Umur pun dah 36 tahun ini,” katanya memetik Astro Gempak. 

Penyanyi ini berkata selama ini bukan dia tidak memikirkan atau mencari teman lelaki. Tetapi lelaki yang tidak mahu mendekati atau berkenalan dengannya.

“Terus-terang setakat ni tiada siapa atau mana-mana lelaki yang cuba dekati saya. Saya pun pelik. Saya pinta lelaki janganlah takut dekati saya, saya tak makan orang lah!,” ujar penyanyi lagu Lelaki Teragung ini.

Walaupun sehingga sekarang masih belum mempunyai teman lelaki tetapi penyanyi ini tidak sedikit pun merasa terbeban apabila diajukan soal kahwin.

Malahan, dia menjawabnya dengan tenang serta penuh beradab.

Tambahan pula, Dayang bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang tidak pernah memaksa mahupun memberi tekanan kepadanya.

“Keluarga saya pula terutama ibu bapa saya tidak pernah tanya bila mengenainya malah mereka masih anggap saya muda lagi untuk berumahtangga.

“Mereka kata tak perlu tertekan dan suruh saya cari duit sahaja dulu kerana jodoh itu datang juga suatu hari nanti, insyaAllah,” ujarnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Di Pintu Syurga ini merupakan anak kelahiran Kuching, Sarawak.

Album terbaru Dayang yang dilancarkan pada 7 April lepas berada dalam senarai ‘worldwide trending‘ di iTunes sebaris dengan artis antarabangsa popular seperti Coldplay, Ed Sheeran dan Maroon 5.

Apa yang paling membanggakan adalah album tersebut berada di tangga keenam dalam carta.

Haaa… ada sesiapa nak cuba rapat dengan penyanyi suara lantang ini? Cubalah, jodoh pertemuan itu kan ditangan Tuhan.

Oleh : Amy Maizura

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Dayang Nurfaizah Mula Fokus Cari Teman Tahun Ini

Sekianlah artikel Dayang Nurfaizah Mula Fokus Cari Teman Tahun Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dayang Nurfaizah Mula Fokus Cari Teman Tahun Ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/dayang-nurfaizah-mula-fokus-cari-teman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :